
Pelakon jelita, Raja Ilya meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia.
Tambahan pula, kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kini kian meningkat di negara ini dan pihak kerajaan telah mengambil intensif dengan melaksanakan Peritah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.
Ilya kini berada di Perth, Australia selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Trent Garret.
“We miss Malaysia i miss my mum cook , chicken varuval, nasi kerabu, mee goreng mamak telur mata.
“Gulai tempoyak, durian , traffic jam , shooting , catching up wth friends, jalan jalan Kat Taiping, balik kampung Ipoh, ziarah pakcik. NAK BALIK !!!!!!!,” tulisnya.
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga bersama Garrett pada 23 Disember lepas di Perth, Australia.
Foto: Instagram Raja
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Hilang 2Kg Dalam Seminggu,” – Ruhainies

Memiliki tubuh badan yang cantik dan jelita merupakan sebuah impian setiap wanita.
Pelakon, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas misalnya ada memaklumkan berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon berusia 27 tahun itu, dia telah berjaya menurunkan berata badan sebanyak 2kg dalam masa seminggu.
“Swimming is the best cardio. I’ve lost 2kgs in a week! Korang suka buat activiti apa during free time? Cycling ? Hiking?,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bintang kelahiran Pulau Pinang ini mendapat pujian daripada peminat.
Rata-rata peminat berasa kagum melihat Ruhainies yang menjaga kesihatan.
Wah! Patutlah Ruhainies sentiasa kelihatan cantik dan jelita, rajin bersenam rupanya!
Foto : Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebenarnya Nak Tanya, Sudi Tak Jadi Madu,” – Netizen Tanya, Ini Jawapan Balas Janna Nick. Padu Giler!

Berkongsi entri terbaru di Igstory, Janna Nick berkongsi pandangannya perihal bermadu dalam rumahtangga. Disoal netizen samaada pelakon ini sanggup menjadi madu, ini pandangan Janna.
“Kalau hampa dah tak mau kat laki hampa, takyah dok bagi kat kami. Kalau hampa dah tak mau, takkan kami mau. Kami tak mau laki hampa.”
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/03/whatsapp-video-2019-03-25-at-12.09.52-pm-1-25_39_058299.mp4?_=1Pelakon drama Tok Siah ini turut mengulas persoalan cinta dan menyifatkan cinta tidak boleh dipaksa.
“Cinta ni kan tak boleh nak paksa-paksa tau. Kalau orang tu rasa suka kat hampa, dia sendiri akan at least respon. Kalau dia memang tak layan, dia memang tak suka. Ataupun kadang-kadang orang layan sebab nak jaga hati.”
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/03/whatsapp-video-2019-03-25-at-12.09.52-pm-25_42_052792.mp4?_=2Foto – Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Leher Rasa Macam Pedih Terbakar Kena ‘Love Bite’ Jelly Fish Kat Leher,” – Alif Satar Dedah Momen Mencabar Di Ironman Langkawi 2019

Menyifatkan Ironman Langkawi 2019 sebagai aktiviti paling ‘gila’ yang pernah dilakukan seumur hidup, penyanyi dan hos, Alif Satar menerusi Instagram menyatakan rekod 15 jam 5 minit dan 49 saat adalah satu detik menakjubkan dalam hidupnya.
Bintang berkenaan berjaya tamatkan cabaran dengan catatan masa berkenaan.
“What an amazing feeling.. can’t wait to share my story to you guys soon. Terima kasih semua yang datang support, bagi semangat sepanjang Pantai Cenang.
"I’m sorry kalau your sorakan tak terbalas, was in a really bad shape mentally. Alhamdulillah made it through..probably the craziest thing i’ve ever done. 3.8km swim…180km cycling.. and a 42km run.. all in 15 hours 5 minutes and 49 seconds.
"p/s Tony Stark is not Ironman… i am #IronmanLangkawi2019,” kongsinya.
Pada masa sama, Aliff turut mendedahkan dia juga disengat obor-obor sewaktu acara renang dan ragu-ragu sama ada perlu mendapatkan rawatan medikal atau tidak.
“Coming out from swim after 3.8km swim.. masa ni tengah pikir “should i go to the medic?” sebab leher rasa macam pedih terbakar kena love bite jelly fish kat leher, but carried on.
"The perfect swim, tapi banyak juga drama time ni.. nanti aleep cerita kat youtube. p/s 3.8 km swim in 1 hour 16 minutes,” tulisnya lagi.
Jelas penyanyi I Want You To Love Me ini, bahang matahari yang cukup ekstrem menyukarkan perlumbaan saat berbasikal, namun dia berjaya menamatkan saingan dalam jangka masa tujuh jam dan 1 minit untuk 180 kilometer.
“2nd discipline, the longgg ride..180km total elevation of 2000m. Masa ni panas terik dia EXTREME.. banyak juga drama yang berlaku time ni, nanti wa cerita kat vlog. p/s 180km in 7 hours and 1 minute,” jelas Alif.
Bapa kepada tiga anak ini menamatkan saingan pada kedudukan 618. Tahniah Alif.
Foto : Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI