Penyanyi meningkat naik, Harith Zazman memaklumkan dia dan isterinya, Nuramalina Ghakashah yang kini hamil lima bulan telah disahkan dijangkiti Covid-19 sejak Selasa lalu.

Memetik laporan Kosmo Online, Harith memberitahu, dia sebenarnya berasa agak risau lebih-lebih lagi bila mengenangkan keadaan isterinya yang kini sedang sarat mengandung.

“Saya Risau Keadaan Isteri Yang Berbadan Dua,” – Penyanyi Harith Zazman & Isteri Hamil 5 Bulan Disahkan Positif Covid-19

Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagi Cute (Stoplah Being So Cute) memaklumkan isterinya kini berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka sehingga 20 Januari depan.

“Kami tak mengalami gejala teruk cuma risau keadaan isteri yang sedang berbadan dua kerana mempunyai simptom seperti sakit tekak, selesema dan batuk namun kini sudah beransur pulih.

“Ketika mendapat tahu positif Covid-19, kami terus buat pemeriksaan dan doktor memaklumkan isteri serta bayi dalam kandungan dalam keadaan baik dan dibenarkan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah,” katanya seperti yang dipetik.

Ads

Harith turut menambah, dia juga menganggap setiap dugaan yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

“Saya Risau Keadaan Isteri Yang Berbadan Dua,” – Penyanyi Harith Zazman & Isteri Hamil 5 Bulan Disahkan Positif Covid-19 “Saya Risau Keadaan Isteri Yang Berbadan Dua,” – Penyanyi Harith Zazman & Isteri Hamil 5 Bulan Disahkan Positif Covid-19

Katanya lagi, tempoh kuarantin ini mungkin adalah waktu yang terbaik untuk dia meluangkan lebih banyak masa bersama isterinya di rumah.

Ads

“Saya sebenarnya pelik juga bagaimana boleh dijangkiti virus ini.

“Apapun saya reda dan mungkin ada hikmah daripada semua ini. Dapat juga kami luangkan lebih banyak masa bersama di rumah,” kongsinya lagi.

Dalam perkembangan lain, pada tanggal 10 Januari lalu, Harith mengumumkan isterinya itu bakal melahirkan cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harith Zazman (@harithzazman)

Terdahulu, Harith telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juga merupakan model, Nuramalina Ghakaskah pada tanggal 28 Ogos 2021.

Pada November lalu, Harith mengumumkan isterinya itu telah dilaporkan hamil tiga bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Kosmo Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI