Kesal dengan kata-kata yang mungkin dianggap ‘gurauan’ pada awalnya, penyanyi dan guru vokal, Mark Adam secara profesinal mengakui khilafnya gara-gara menyentuh perihal fizikal Sherry Al Hadad.

Kenyataan yang dibuat secara seloroh pada sesi komen juri itu sebelum ini dikritik ramai.

Bagaimanapun, Mark tampil memohon maaf secara terbuka menerusi video yang dirakamnya di Instagram, sebentar tadi.

“Pertama kali saya nak minta maaf pada semua dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage 2019.

“Saya kalau bergurau macam di rumah dengan rakan-rakan artis.

IKLAN

“Tapi semalam saya salah, sebenarnya ada sambungan lagi tapi saya tak sempat nak sambung. Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak di luar sana yang terasa. 

 “Saya mohon maaf dan apa yang terjadi adalah tidak profesioanal. Saya akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi, maafkan saya semua.

“Saya sangat menyesal malam kejadian. Maafkan saya semua,” kata Mark tenang.

IKLAN

Popular dengan personaliti yang selamber dan lucu, ruangan komen di Instagram bintang tersebut dihujani pelbagai reaksi.

“Saya Salah, Minta Maaf,”- Dituduh Isu ‘Body Shaming’ Sherry Al Hadad, Mark Adam Janji Tak Buat Lagi  “Saya Salah, Minta Maaf,”- Dituduh Isu ‘Body Shaming’ Sherry Al Hadad, Mark Adam Janji Tak Buat Lagi  “Saya Salah, Minta Maaf,”- Dituduh Isu ‘Body Shaming’ Sherry Al Hadad, Mark Adam Janji Tak Buat Lagi  “Saya Salah, Minta Maaf,”- Dituduh Isu ‘Body Shaming’ Sherry Al Hadad, Mark Adam Janji Tak Buat Lagi 

IKLAN

Semalam, Mark ada menyentuh mengenai fizikal bintang Geng itu.

“This opportunity is very big you see, even the host is big,” katanya ketika sesi penjurian juri usai persembahan peserta Thailand, Chaleeda Gilbert.

Terdahulu, Mark merupakan juri jemputan menerusi program realiti, Big Stage 2019 malam tadi disamping Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan sebagai juri tetapnya.\

Video : Instagram Mark Adam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI