“Saya Saman Anda Bernilai RM10 juta,” – Foto Disalah Guna, Aliff Syukri Kasi Warning!

Share

Memuat naik sebuah video di laman sosial anaknya, Baem Adham, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa tertekan gara-gara fotonya disalahguna oleh scammer untuk mengaut keuntungan.

Ulas Aliff, dia tidak bersalah dan tiada kaitan dengan kegiatan haram tersebut, namun kecewa apabila ada yang menuduhnya sebagai perompak.

Saya pening, saya tertekan. Saya tak salah apa-apa. Kenapa kau orang suka-suka nak bank in duit ratus-ratus ribu lepas tu nak kata, aku curi duit orang, aku rompak duit orang.

“Aku cari duit halal. Meniaga betul-betul, lepas tu kata aku merompak, aku ni mencuri. Apa kau ingat aku ni tak reti cari duit.”

Telah membuat laporan polis bagi melindungi diri, kata usahawan ini, dia akan memfailkan saman RM10 juta kepada pihak terlibat.

“Aku scammer? Bukan. Itu orang lain. Orang guna nama aku. Lepas tu korang nak report polis, nak saman aku. Haa, sekarang ni aku pun report polis juga.

“Saya report polis kepada anda yang gunakan nama saya, scammer-scammer tersebut, saya akan saman anda. Dan saya telahpun hantar kepada lawyer suruh saman anda bernilai RM10 juta.

“Ramai orang dah tertipu. Bukan dua tiga ribu, tapi tertipu ratusan ribu.

“Korang kat luar jangan salahkan saya, jangan nak tag saya dekat FB.

“Itu bukan saya punya bisnes. Saya hanya jual AS Legacy. Saya dah buat sales puluh-puluh ribu, juta-juta,”

ulasnya yang terpaksa menggunakan laman Instagram anaknya selepas video yang dimuatnaik telah dilaporkan dan dipadam oleh Instagram.

Netizen bersetuju dengan tindakan tegas suami kepada Datin Nur Shahida ini dan mendoakan agar Aliff tenang menghadapi ujian.

Foto – Instagram Baem Adham

Published by
Noraini Abd Wahab