Pelakon, Puteri Sarah menzahirkan rasa syukur selepas kes tuntutan saman fitnah terhadap kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwie Arvienda Mazweena dapat diselesaikan dengan cara baik.

Menurut Puteri Sarah, tindakan saman ini bukanlah untuk mengejar wang sebaliknya, dia mahu perkara seperti ini dijadikan pengajaran pada masa hadapan.

“Saya Saman Bukan Sebab Duit, Nak Bagi Pengajaran,” – Puteri Sarah

“Alhamdulillah, satu beban sudah selesai. Seperti semua sedia maklum, saya ada satu lagi kes mahkamah. Yang penting, kita nak selaikan hal ini.

“Ramai yang kata saya ini mata duitan. Tidak sebenarnya. Melihat kes-kes sebelum ini, saya saman bukan disebabkan duit sebaliknya ingin memberikan pengajaran agar perkara seperti ini tidak berulang.

“Saya tak kacau hidup orang. Saya sibuk dengan penggambaran, uruskan anak-anak dan bisnes. Namun, orang yang kacau saya. Saya ditipu, dimanfaatkan dan difitnah,” katanya kepada MH.

Ads

Dalam pada itu, pelakon drama Hijrah Jannah ini turut mendedahkan dirinya tiada berhubung dengan Wiwie sebaliknya komunikasi hanya dibuat menerusi peguam.

“Saya Saman Bukan Sebab Duit, Nak Bagi Pengajaran,” – Puteri Sarah

“Dia tak ada pun berhubung dengan saya secara peribadi untuk menyatakan permohonan maaf sebab kami berhubung hanya melalui peguam sahaja,” ujarnya.

Ads

Ditanya adakah dia akan terus berlembut hati dan menerima sahaja permohonan maaf jika berlaku lagi insiden seperti ini, ini respon Puteri Sarah;

“Kita tengok dahulu kesnya seperti apa. Kalau berat sangat, mungkin tidak,” katanya.

Terdahulu, tuntutan saman Puteri Sarah ke atas Wiwie berakhir apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah itu secara baik.

Ads

Ketika prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Puan Yasmin Abdul Razak, Wiwie mengakui kekesalannya yang memuat naik hantaran berbaur tohmahan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah.

Selain itu, Wiwi juga perlu untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat untuk tatapan umum selama tujuh hari di Instagram (IG) bermula hari ini serta membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 yang merangkumi keseluruhan kos guaman.

Untuk rekod, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu.

Tuntutan itu dibuat selepas Wiwi membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram pada 24 Ogos tahun yang sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI