Kakak kepada Ruhainies yang juga pelakon, Nur Risteena turut memberikan respon berhubung dakwaan khalwat melibatkan adiknya itu bersama rakan artis, Aliff Aziz pada jumaat lalu di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan Risteena di ruangan Insta Stories, dia menjelaskan dakwaan yang bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tiba di kediaman Ruhainies pada jam 3 pagi adalah tidak benar.
“Jam 11 lebih JAWI dah sampai di rumah, bukan jam 3 pagi. Yang khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan Aliff juga sedar tentang khilaf mereka dan telah pun mohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka,” tulisnya.
Dalam pada itu, Risteena menjelaskan dia tampil berkongsi berhubung hal berkaitan untuk memperbetulkan situasi sebenar.
Ads
“Kebetulan malam tersebut memang planning ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” jelanya.
Malah, dia turut memuat naik tangkap layar mesej perbualannya bersama Ruhainies pada hari kejadian.
“Ya saya sepatutnya berada di sana sama sama tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.
Ads
“Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 pm. Isu 3 pagi JAWI datang ke rumah adalah tidak benar,” tegasnya lagi.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff tampil memberikan penjelasan berkenaan hangat itu menerusi media sosial masing-masing, pada Khamis.
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow telah mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya, Marini Ramlan, hari ini.
Difahamkan, Joe atau nama lengkapnya Johan Ishak sudah merisik teman wanitanya Marini atau mesra disapa Nini yang merupakan seorang pelukis profesional.
Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh rakan media, HLive menerusi laman media sosial Instagram.
“Alhamdulilah tahniah kepada @flizzow dan pasangannya, Nini untuk pertunangan mereka.
“Kami di @officialhlive doakan yang terbaik dan semoga semuanya di permudahkan Sumber photo : @misdeeds_,”tulisnya.
Pelakon Syatilla Melvin akui bahawa menggalas tugas sebagai seorang ibu adalah sesutau yang mencabar.
Lebih-lebih apabila mempunyai anak kecil yang sangat aktif dan lasak.
Bagaimanapun, Syatilla menganggap bahawa anak merupakan anugerah terindah dari Allah dan tidak menjadikan perkara itu sebagai satu beban buatnya.
“Memang penat dan sangat2 menguji kesabaran bila terpaksa bawak anak2 pergi kerja. tapi jgn jadikan anak ni SEBAGAI BEBAN sebagai PUNCA LAKI BINI BEGADUH SEBAB TAK MAU JAGA ANAK!!
“Anak2 ni RAHMAT dan REZEKI dari allah bukan BEBAN!! Depa xsalah apa pun kalau hampa rasa depa ni alasan utk hampa xboleh nak bekerja.nak pergi sini xboleh,sana xboleh, alasan anak xdak sapa jaga.
“Aku sanggup susah payah asal anak2 aku selamat depan mata aku. Penat memang penat teramat sgt.
“Tapi rezeki aku lain macam bila aku berkorban utk anak2.rezeki tak putus mencanak canak! Ingat ANAK BUKAN BEBAN,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Syatilla dan adik-beradiknya kini sibuk menguruskan produk kecantikan.
Sementara itu, Syatilla dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, tujuh bulan.
Baru sahaja tamat 24 episod drama popular Sweet Dreams, pelakon utama, Ben Amir menerusi entri terbaru menzahirkan penghargaan buat semua kru yang terlibat dan meluahkan ucapan istimewa buat Mira di atas kesudian menjadi pasangannya dalam drama ini.
“First of all I wanna say thank you kepada semua yang terlibat dalam penggambaran #DramaSweetDreams. Thank you Astro, @michaelang38 for believed in me untuk membawa watak Qash Adam.
“Thank you to all the crew, script writers, editors and casts yang berjaya mengidupkan watak masing masing dengan jayanya. Tidak lupa kepada semua peminat #DramaSweetDreams for your love and support yang tak henti since day 1 lagi.
“Thank you soo much ! Without you guys we are nothing I really appreciate every single one of you ! Sorry jika ada salah dan silap akan diperbaiki di masa hadapan. Special thanks to @mfmirafilzah for being an awesome sparring partner. Hope to work with you again soon. So I guess this is it guys, thank you again. .
Qash Adam signing off ,” tulisnya.