Kakak kepada Ruhainies yang juga pelakon, Nur Risteena turut memberikan respon berhubung dakwaan khalwat melibatkan adiknya itu bersama rakan artis, Aliff Aziz pada jumaat lalu di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan Risteena di ruangan Insta Stories, dia menjelaskan dakwaan yang bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tiba di kediaman Ruhainies pada jam 3 pagi adalah tidak benar.
“Jam 11 lebih JAWI dah sampai di rumah, bukan jam 3 pagi. Yang khilaf tetap khilaf.
Saya percaya Ruhainies dan Aliff juga sedar tentang khilaf mereka dan telah pun mohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka,” tulisnya.Dalam pada itu, Risteena menjelaskan dia tampil berkongsi berhubung hal berkaitan untuk memperbetulkan situasi sebenar.
“Kebetulan malam tersebut memang planning ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” jelanya.
Malah, dia turut memuat naik tangkap layar mesej perbualannya bersama Ruhainies pada hari kejadian.
“Ya saya sepatutnya berada di sana sama sama tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.
“Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 pm. Isu 3 pagi JAWI datang ke rumah adalah tidak benar,” tegasnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini