Pelakon terkenal, Mira Filzah berkongsi kegembiraan terhadap pencapaian anak saudaranya yang dikenali sebagai Umar.
Ini kerana, dia menjadi antara 50 kanak-kanak terpilih untuk melanjutkan pelajaran di The Anderson School Citywide Gifted & Talented di Amerika Syarikat.
Pelakon berusia 27 tahun itu turut memuat naik surat tawaran kemasukan dan surat rujukan yang ditulis oleh guru kanak-kanak berkenaan sebagai sokongan.
“Repost this from my BIL’s ig story. I’m so emotional right now. I cried you know!
“Over, but I really cried. Big boy already. Umar’s academic abilities and gifts far exceed what is typically expected of a child his age”.
“May Allah always keep you safe, well, happy Sayang Mia, and where ever you are, I pray you’re never out of Allah’s protection, not even for a blink.
“I miss you so much and I love you one million!” kongsinya.
Lalu, netizen turut berkongsi kegembiraan seterusnya meninggalkan reaksi di ruang komen.
Foto : Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI