Pereka fesyen yang cukup sinonim jenamanya di kalangan selebriti, Rizman Nordin telah pun memberikan dedikasi teristimewa buat isteri, Nurida Suraya bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik menerusi IG TV di Instagram, Rizman ada memuat naik satu video romantis yang merakamkan fasa perkahwinan mereka sehinggalah dikurniakan zuriat sulung.
“Happy anniversary sayang @nuridasuraya. Ours,” tulis Rizman ringkas di ruangan kapsyen pada video berdurasi hampir empat minit itu.
Sementara itu, Nurida juga telah naik sekeping foto ketika hari pernikahan mereka menerusi platform sama.
“One year ago today. Happy anniversary my sayang. Terima kasih kerana menjadi suami terbaik.
“Saya sangat cintakan awak dan semoga seribu tahun lagi untuk kita, insya-Allah,” tulisnya.
Lampiran foto tersebut menerima reaksi pelbagai yang mana rata-rata peminat memberikan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan ini.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Rizqaa Rizman yang dilahirkan 2 September lalu.
Foto: Instagram Rizman Nordin