Setelah sekian lama berjuang untuk mendapatkan kebebasan mutlak terhadap diri dan juga hartanya, akhirnya hakim telah memutuskan untuk menggantung tugas bapa bintang terkenal tersebut sebagai conservator.
Jamie Spears yang telah mula menjadi conservator kepada Britney Spears bermula tahun 2008 ekoran dari ketidakstabilan mental yang dihadapi anaknya itu dikatakan telah menyalahgunakan harta dan terlalu mengongkong anaknya dalam banyak hal.
Pada Rabu lalu, Hakim Benda Penny telah menggantung Jamie Spears sebagai conservator dan meletakkan John Zabel sebagai conservator sementara sehingga penghujung tahun ini.
Mengulas tentang perkara itu, hakim menyatakan keputusan yang diambil adalah melihat kepada sisi kebaikan untuk Britney Spears yang menjadi visi di dalam perbicaraan tersebut.
Walaubagaimanapun Britney tidak menghadiri sesi perbicaraan tersebut, kedua ibu bapanya Jamie Spears dan Lynne Spears menyertai sesi itu menerusi sesi panggilan audio.
Penyanyi yang baru bertunang ini tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai keputusan hakim tetapi dalam satu hantaran di laman Instagramnya dia menyatakan yang dia berasa sangat gembira.
Dalam hantaran tersebut Britney dilihat sedang mengendalikan sebuah kapal terbang ringan dan itu merupakan pengalaman pertama kali buat dirinya dalam menerbangkan sebuah kapal terbang.
Wah nampaknya selepas ini diva pop ini boleh ‘terbang’ lebih tinggi dalam merencana kerjaya dan juga kehidupan tanpa dikongkong oleh sesiapa lagi.
#freebritney
Sumber: People