Pelakon, Diana Rafar merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang tidak henti mendoakan kesihatannya sepanjang menjalani rawatan di hospital.

Terdahulu, Diana disahkan mengalami keguguran pada minggu lalu.

“Saya Sangat Takut Bila Terpaksa Ditidurkan,” – Keadaan Beransur Pulih, Diana Rafar Kongsi Perasaan Saat Pertama Kali Jalani Pembedahan

Menurut Diana, keadaanya pada ketika ini telah pun beransur pulih dan dia juga telah dibenarkan untuk pulang ke rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Rafar (@dianarafar)

“Assalamuailaikum apa khabar semua? Harap semua dalam keadaan sihat dilimpahkan kesihatan dan rezeki yang berkat.

“Nak cakap terima kasih kat semua followers kesayangan Diana yang sangat baik and ambik berat kat Diana.

“Tak tahu nak balas macam mana dm and doa you all semua Allah je yang dapat balas doa tu berbalik pada yang mendoakan Diana.

Ads

“Thank you so much. Diana ok je. Rehat-rehat kat rumah dah, alhamdullilah.

“Diana harap you all semua pun ok sihat sejahtera di jauhkan dari wabak dan penyakit. Stay safe tau. Sayang korang semua,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Saya Sangat Takut Bila Terpaksa Ditidurkan,” – Keadaan Beransur Pulih, Diana Rafar Kongsi Perasaan Saat Pertama Kali Jalani Pembedahan

Memetik laporan Kosmo Online, Diana memaklumkan dirinya reda apabila terpaksa menggugurkan kandungannya yang baru sahaja berusia dua bulan.

Ads

“Saya tidak tahu pun saya hamil sebenarnya. Cuma sekitar minggu lalu, saya alami pendarahan dan diberitahu doktor bahawa saya sedang hamil dua bulan.

“Tetapi selepas beberapa hari, tekanan darah saya sangat rendah iaitu bawah 70 dan kerap berasa hendak pitam, jadi doktor sarahkan supaya saya ‘cuci’ kandungan (terpaksa digugurkan). Mungkin kerana janin pun sudah tidak elok.

“Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Lagi pula anak ketiga saya masih belum berusia setahun.

“Dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih buruk, saya tertanya-tanya juga sama ada saya mampu (untuk hamil) pada ketika ini,” katanya seperti yang dipetik.

Ads

“Saya Sangat Takut Bila Terpaksa Ditidurkan,” – Keadaan Beransur Pulih, Diana Rafar Kongsi Perasaan Saat Pertama Kali Jalani Pembedahan

Berkongsi mengenai pengalaman pertamanya saat menjalani prosedur pembedahan, Diana memberitahu, dia sebenarnya berasa amat takut lebih-lebih lagi apabila dia ditudurkan.

“Saya sangat takut bila terpaksa ditidurkan. Apatah lagi ini pengalaman pertama saya. Abang Zamarul pula tak boleh teman.

“Peraturan hospital sekarang. Dia hanya buat panggilan video. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya.

“Saya Sangat Takut Bila Terpaksa Ditidurkan,” – Keadaan Beransur Pulih, Diana Rafar Kongsi Perasaan Saat Pertama Kali Jalani Pembedahan

Terdahulu, Diana mendirikan rumah tangga bersamanya bersama pelakon, Zamarul Hisyam pada tanggal 16 Mei 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 11, Kayla Reysha, 4 dan Kayden Haiqal, 11 bulan.

Sumber: Instagram Diana Rafar & Kosmo Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI