Selebriti dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah dilimpahi dengan rezeki yang luas, lebih-lebih lagi selepas baru berkahwin.
Bagaimanapun, Neelofa menyifatkan dia dan suami, PU Riz lebih mengutamakan mengenai soal keberkatan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
“Alhamdulillah, kami berkahwin pun baru je seminggu. Jadi, apa-apapun bentuk rezeki yang diterima sama ada suami atau diri saya sendiri, yang paling saya utamakan adalah keberkatan.
“Kalau kita terlalu luangkan masa untuk kejar segalanya tapi tiada berkatnya, kita akan penat dan rasa membazir sahaja.
“Saya sangat tekankan kepada keberkatan dalam setiap perkara yang saya lakukan InsyaAllah,” katanya kepada MH.
Ads
Pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 29 (ABP29) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tandatangan produk terbaharu Fipper x The Noor di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.
Pada masa sama, Neelofa turut memaklum segala urusan kerjanya sewaktu di Kedah telah berjalan dengan lancar meskipun dikritik oleh segelintir pihak yang mendakwa dia dan suami telah menyalahgunakan kebenaran merentas negeri.
“InsyaAllah dengan kerjasama bersama pihak Chatime, saya akan buka beberapa oulet di sana (Kedah).
“Jadi sebelum puasa saya cuba selesaikan apa yang perlu. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat pada minggu lepas.
Ads
“Walaupun setelah apa yang terjadi termasuklah impak daripada orang ramai, kami telah ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan.
“Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan ‘free marketing’ dan membuka rezeki kepada saya.
“Rasanya saya tidak perlu bercakap mengenai segala tindakan saya kerana segalanya ada sebab-sebab yang tersendiri mengikt keadaan dan keperluan saya pada ketika itu,” katanya lagi.
Ads
Ditanya mengenai perasaannya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang isteri, Neelofa mengakui dia berasa sangat teruja kerana ini antara momen-momen yang amat dia nanti-nantikan.
“Ada beberapa perkara sebenarnya didalam perancangan saya tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan, saya akan berpuasa di sini bersama keluarga seperti biasa.
“Sejujurnya saya teruja kerana ini juga merupakan perkara yang saya tunggu-tunggu.
“Banyak masa akan dipenuhi dengan program-program tersendiri terutamanya ketika di rumah,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Hafidz Roshdi pada Ahad memuat naik gambar di Instagram sedang menggengam erat tangan seorang wanita dipercayai isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Hantaran tersebut seolah-olah memberi gambaran hubungannya dengan Nurul Shuhada kembali jernih selepas wanita yang di kenali sebagai Athira Yuhada, memohon maaf kepada isterinya dan dua anak mereka.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor pada Rabu.
Di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MCMC, rakaman percakapan berkenaan adalah susulan aduan yang diterima pihaknya berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik itu, sebelum ini.
Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588].
Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pegawai penyiasat telah menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, perkongsian sedutan lagu raya berjudul Love Raya yang dikongsi oleh Aliff Syukri menerusi akaun Instagramnya mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Aliff bagaimanapun menjelaskan video promosi lagu raya baharu itu hanyalah untuk ‘menyakat’ netizen sempena ‘April fool’.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil juga turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video terbabit.
Ia susulan beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang dipercayai boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pihaknya akan mendapatkan surat perintah mahkamah sementara pada Isnin ini bagi menghalang pelakon Hafidz Roshdi daripada mendekati isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri sementara siasatan berhubung kes menumbuk mangsa selesai dijalankan.
Menurut Hussein, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan terdahulu pihaknya sudah menahan aktor berkenaan pada kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu ketika Hafidz hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor.
Hafidz bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangannya diambil pada hari sama.
“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek.
“Ada kemungkinan polis akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini (Ahad),” katanya.
Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk wajah Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.
Susulan insiden itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan dan menyebabkan wajahnya mengalami parut kekal.
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!