“Saya Sangat Trauma…Terus Mandi, Rasa Seperti Tak Boleh Nak Berdiri, Takut,” – Kuasa Doa, Vida Syukur Lega Cik B Bebas Covid-19

Share

Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida berkongsi perkembangan status kesihatan anak perempuannya, Cik B yang sudah pun pulih selepas disahkan positif Covid-19 sebelum ini.

Menurut Vida, berkat doa serta izin Allah SWT, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin disahkan pulih selepas doktor melakukan ujian saringan.

“Alhamdulillah berkat doa semua yang tidak putus-putus. Begitu juga dengan semua tips dan petua yang telah dikongsikan selama sembilan hari akhirnya Cik B bebas daripada Covid-19.

“Dia jalani kuarantin di rumah dan Cik B dijangkiti Covid-19 peringkat kedua. Alhamdulillah ‘recovery’ sangat pantas. Saya bersyukurlah, besar sebenarnya fadilat doa.

“Ujian ini suatu perkara baru bagi kami. Cik B kuat tetapi dia diuji dengan Covid-19. Tak tahu dapat daripada mana. Sementara saya pula alhamdulillah… selalu tidur peluk dan dakap Cik B. Risau andai saya turut terjangkiti,” katanya kepada MH.

Vida pada masa sama akui bimbang sejurus tahun mengenai perkara tersebut seterusnya mengambil pendekatan untuk berjaga-jaga.

“Saya sangat trauma bila dapat tahu mengenai perkara itu. Saya terus mandi, rasa seperti tak boleh nak berdiri, takut. Sebab kita sudah dengar banyak cerita yang begitu dan begini. Jadi jujurnya memang sukar nak hadapi pada hari pertama dan kedua.

“Sehingga saya hanya kongsikan perkara itu pada hari ketiga. Saya rasa tak berani. Bila lihat keadaan kian okay dan stabil baru saya kongsikan.

“Covid-19 is real. Kita jangan pandang remeh. Meski kita sudah pun mendapatkan vaksin penuh, namun masih boleh terdedah kepada wabak. Kalau boleh, minta dijauhkan. Kena berhati-hati. Kalau balik dari mana-mana kena mandi,” katanya yang sudah mendapat dua dos vaksinasi. 

Terdahulu, Cik B didapati positif COVID-19 seterusnya menjalani kuarantin kendiri dalam bilik di rumahnya pada 19 November lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH