Anggota kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan membuat kejutan apabila memuat naik gambar mesra tertawa bersama seorang yang tidak diperincikan latar belakangnya.
Menerusi posting tersebut, jejaka kelahiran Sabah itu turut meletakkan profil Instagram gadis tersebut yang dikenali sebagai @hajaarsitii.
“Minta maaf atas semua sayang. Terima kasih sebab masih sabar dengan saya. Saya sayang awak!” tulis MK ringkas di ruangan kapsyen.
Ucapan penuh romantis MK buat gadis manis berselendang itu turut menarik perhatian beberapa rakan artis serta peminat setia penyanyi berusia 26 tahun itu.
Ramai pihak mendoakan agar hubungan yang dibina akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
Namun begitu, tidak kurang juga ada di kalangan peminat wanita secara bergurau menzahirkan kekecewaan di atas kenyataan bahawa penyanyi idaman mereka kini sudah dimiliki orang.
Posting tersebut telah menerima lebih 148 ribu tanda suka serta hampir 4 ribu komen daripada pengikut MK.
MK sebelum ini cukup dikenali antara selebriti yang sangat menjaga privasi kerana jarang-jarang sekali berkongsikan kisah peribadinya buat tatapan umum.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram MK