Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon, Datin Niena Baharun yang mulai popular setelah muncul menerusi drama bersiri Jangan Benci Cintaku tak lama dulu.
Terbaru, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia telah menyambut hari ulang tahun kelahiran suami tercinta.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini turut menitipkan kata-kata manis buat suaminya.
“Happy birthday to the King of my heart & the love of my life @aliff_firdaus.
“Semoga selalu diberikan umur yang panjang, diberikan kesihatan yang baik, diberikan rezeki yang melimpah dan berkah. Dan semoga Allah sentiasa permudahkan urusan you dunia dan akhirat.
“Thank you for everything love! May we forever be as happy as we are today. I love you soooo much.
“Thanks to @bloominghermoso for the fast setup & deco.,” tulisnya.
Untuk rekod, Niena telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adiel Mikail.
Foto: Instagram Niena Baharun