Sejak pagi Jumaat, kita dikejutkan dengan berita melibatkan pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah yang dilaporkan bakal bercerai selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin dilihat ada berkongsi foto hitam putih serta petikan kata-kata daripada ilmuan, Jalaluddin Rumi.
Ayat tersebut membawa maksud hanya diri kita sahaja yang mampu menempuhi setiap cabaran yang berlaku di dalam hidup ini.
Hantaran tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak termasuklah rakan-rakan artis.
Antara yang turut memberikan kata-kata semangat buat Fazura ialah pelakon jelita, Mimi Lana.
Menurut Mimi, dia berharap agar Fazura diberikan kesabaran yang tinggi untuk menempuh setiap cabaran yang berlaku saat ini.
“Semoga Allah merahmati dan memudahkan segala urusan kamu. Semoga kamu berjaya menempuhi segala ujian ini dengan penuh kesabaran,” tulisnya.
Sementara itu, pelakon terkenal, Fasha Sandha juga memanjatkan doa agar segala urusan ibu kepada seorang cahaya mata ini akan sentiasa dipermudahkan.
“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk insan baik ini,” kongsinya.
Pada masa sama, aktres Uqasha Senrose turut meluahkan dirinya akan sentiasa menyayangi Fazura walau apapun yang berlaku kepadanya saat ini.
“Saya sayang awak kakak,” ujarnya.
Dalam pada itu, para netizen turut tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka itu.
“Fazura yang saya kenal, orangnya kuat semangat.
“Teruskan berjalan kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kamu.
“Tidak mengapa. Aturan Allah itu indah. Ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Kami semua tahu Kak Faz kuat semangat. Demi diri sendiri dan anak. Allah selalu ada dengan Kak Faz. Kami semua menyokong akak.
“Sedih dengar berita ini tapi kamu layak untuk bahagia. Semoga Allah beri kamu kekuatan,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, memetik laporan BH Online, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Media bagaimanapun melaporkan, butiran terperinci mengenainya tidak dikongsikan.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” kata sumber.
Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun media sosial masing-masing.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan qari, Fakhrul UNIC ada menjawab kemusykilan seorang individu yang bertanyakan mengenai manfaat membaca Al-Quran meski tidak mengetahui akan pengertiannya.
Jelas Fakhrul, membaca Al-Quran merupakan satu ibadah dan Allah S.W.T tetap memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa sahaja yang melakukannya meski pun dia tidak faham akan maksud di sebalik bacaannya itu.
Katanya lagi, Al-Quran merupakan hadiah terindah daripada Allah S.W.T untuk umatnya memperbanyakkan amalan.
“Quran ni power dia walau tak faham pun baca je dia dah kira ibadah. Setiap huruf ada pahala 10 pulak tu. Kalau baca dan faham lagi la bagus. Allah, sangat pemurahnya Allah ni.
“Dia tau kita ni lemah, malas nak ibadah lama-lama macam umat dahulu tak mampu kita,” tulisnya.
Penjelasan tesebut dibuat oleh pengacara program Geng Ngaji itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fakhrul yang juga merupakan anggota kumpulan nasyid, UNIC turut menyeru agar seluruh umat Islam dapat memanfaatkan 10 malam terkahir Ramadan ini dengan memperbanyakkan ibadah.
“Allah sayang kita umat Muhammad saw dia bagi kita peluang macam-macam sebab nak bebaskan kita dari neraka. Dia bagi Quran, dia bagi Ramadan.
“Tak dak pada bulan lain, dia bagi malam alqadr, amalan sama saja tapi pahala macam 1000 bulan. Takdak pada umat lain. Exclusive umat Muhammad saw. Takkan takmau?,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga kita semua dapat bertemu dengan malam lailatul qadar.
Terdahulu, program Geng Ngaji yang dihoskan oleh Fakhrul, Ustaz Tarmizi Abd Rahman dan Farhatul Faizurah boleh ditonton di sepanjang bulan Ramadan ini bermula jam 6 petang sehingga 7.15 malam di saluran Astro Oasis dan Oasis HD
Sumber: Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Syukur pada Allah. Sambut sorang pun okay apa sebab aku sayang diri aku.
“Aku sayang orang tuaku, aku sayang isteri dan anakku, aku sayang keluargaku, aku sayang sahabat-sahabat ku dan aku sayang semua!,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Achey menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, anggota kumpulan Bocey itu turut terharu selepas menerima ucapan khas daripada pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital.
“Assalamualaikum Abang Achey, selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
“Semoga berbahagia dengan keluarga tersayang. Sorry sebab saya tak boleh nak pakai baju sebab tak boleh banyak gerak. Ni pun duduk dekat kerusi je.
“Apapun terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan saya dan terima kasih juga buat abang Achey,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan Bocey, Fad turut menitipkan ucapan istimewa buat sahabatnya itu.
Menurut Fad, dia mendoakan semoga sagala urusan sahabatnya itu dipermudahkan selain turut berharap agar dapat disatukan semula dengan Allahyarham Abam di akhirat nanti.
“Selamat ulang tahun kekandaku,ku doakan segala yg terbaik buat mu,semoga kau sentiasa dirahmati dilindungi Allah SWT.
“Aku sayang kau dunia akhirat, sentiasa ada dalam doaku supaya kitA bertiga akan bertemu di akhir nanti,” kongsinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipka ucapan hari lahir malah turut mendoakan agar penyanyi lagu Sakit itu sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Sumber: Instagram Achey Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Februari yang bakal tiba rupa-rupanya sudah genap dua tahun arwah bapanya pergi mengadap Yang Maha Esa.
Pengacara Iesya Toh menerusi laman Instagram meluahkan kerinduan paling mendalam buat arwah bapanya.
Luahnya, sudah genap dua tahun si bapa pergi menunaikan ibadah umrah dan tidak pulang sejak daripada itu.
Pengacara ini turut menyatakan hajat untuk menghadiahkan jubah arwah bapa buat anaknya kelak.
“Assalamualaikum ABAH ♥️❤♥️❤
“Rindu! Rindu! Rindu! Al-Fatihah, Bulan Feb ni genap 2tahun ABAH pergi umrah n x balik2.
“Jubah ABAH nor nak bagi harraz pakai nti, biar die jaga tingkah laku bila tau tok ABAH die ada di Jannatul Baqi.
“See u soon ABAH, Al-Fatihah,” jelasnya.
Gambar
Sekadar imbasan, bapa pengacara RTM ini, Sanny Toh bin Abdullah, 65, dilaporkan telah meninggal dunia di Madinah selepas rebah dalam perjalanan menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, pada 8 Februari 2018.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Desy Ratnasari kini menarik nafas lega apabila dia telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Kedoktoran (PhD) daripada Universitas...