Pelakon pengacara terkenal, Sherry Alhdad akhirnya membuka mulut mengenai khabar angin yang mengatakan hubungan persahabatannya bersama pelakon, Nad Zainal kini sedang bergolak.
Menurut Sherry atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, dia akui sudah lama tidak berhubung dengan sahabatnya itu tetapi tetap mengambil tahu tentang perkembangan Nad menerusi kedua ibu bapanya.
Malah, dia turut tumpang gembira apabila Nad kini sedang menjalani kehidupannya dengan sangat baik.
“Saya masih berhubung dengan kedua ibu bapa Nad Zainal tentang keadaan dia sekarang. Saya gembira kerana dia sudah temui kebahagiaan dia sendiri dan bakal menimang cahaya mata kedua.
“Berkat doa dan usaha kawan-kawan apabila membantu ketika dia memerlukan itu, saya rasa sangat bersyukur. Sebagai seorang sahabat, itulah sebenarnya tugas kita.
“Kita bukan berkawan ketika senang sahaja tapi bila susah pun kita akan cari jalan macam mana nak bantu. Bila rakan-rakan artis, pihak media dan peminat bantu dia untuk kumpulkan dana, saya sangat terharu,” katanya kepada MH.
Sherry berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama terbaharu, B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion pada Khamis.
Ketika ditanya tentang usaha yang dilakukan untuk bertemu secara empat mata, Sherry memak
Dalam pada itu, Sherry turut memaklumkan dia dan Nad belum sempat bertemu memandangkan masing-masing sibuk dengan jadual kerja.
“Kali terakhir saya berhubung dengan Nad adalah ketika sebelum dia kahwin. Sekarang pula kami masing-masing sibuk. Dia pun dengan meniaga lagi. Jadi, tak sempat nak berhubung.
“Saya rasa masing-masing pun sudah ada tanggungjawab dan kebahagiaan masing-masing. Saya dengan tugas hidup saya dan begitu juga dia.
“Namun, saya sentiasa mendoakan dia daripada jauh dari segi kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan. Saya kenal sejak usia dia 17 tahun.
“Dia pun tiada mesej atau hubungi saya. Kami tak sempat berjumpa lagi. Jadi, saya hanya mendengar berita tentang dia daripada sahabat-sahabat lain,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Sherry menegaskan persahabatnya bersama Nad akan sentiasa kekal selama-lamanya.
“Tali silaturrahim itu masih ada lagi. Pada saya, saya masih lagi berkawan dan sayang dia. Dia adik saya dan saya pernah menjadi guru dia.
“Saya tak pernah putus untuk mendoakan yang terbaik buat dia walau apapun keputusan yang dibuat dalam hidupnya,” akhirinya.
Pada November tahun lalu, Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Susulan keadaannya itu, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital.
Untuk info, Nad mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI