Meskipun kejayaan besar di Anugerah Juara Lagu ke-38 masih segar, penyanyi Aina Abdul akui penat apabila kemenangannya itu sering kali dipertikaikan dan dibanding-bandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain.
Menurut Aina, dia tidak dapat mengawal segala tindak tantuk orang luar terutamanya buat segelintir pihak yang dilihat cuba melaga-lagakannya dengan rakan seangkatan, Ernie Zakri.
“Saya memang tak dapat lari. Setiap kali habis AJL, keesokkannya, perasaan gembira itu tidak bertahan lama. Saya sepatutnya tidak perlu terkesan dengan komen-komen netizen tapi saya hanya manusia biasa.
“Ernie juga merupakan kawan saya. Setiap kali saya dibanding-bandingkan, saya akan cuba menukar perasaan itu dengan mengingati perkara-perkara yang indah sahaja.
“Itu juga yang akan saya buat bila rasa sedih,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Terus Hidup itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara pertunjukkan fesyen Amber x Anna Jobling yang berlangsung di The Estate, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Pada masa sama, Aina turut berbangga dengan persembahan Ernie pada malam AJL38 yang lalu.
“Pada saya, pada malam itu, Ernie telah melakukan persembahan dengan sangat baik. Saya tak tahu fasal orang lain tapi saya sayang Ernie sebagai seorang sahabat.
“Saya bangga dengan apa yang Ernie lakukan di atas pentas. Dia juga merupakan antara sahabat rapat dalam industri dan dalam hidup saya.
“Saya tahu susah payah dan semangat Ernie untuk bertanding di AJL38 walaupun dengan apa yang terjadi ketika pusingan separuh akhir. Dia memang nak sangat berada di AJL38,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, kemenangan besar pada malam tersebut tidak membuatkan dirinya berasa hebat daripada orang lain.
“Peminat boleh bandingkan kami tapi saya tak boleh buat apa-apa. Dalam pertandingan, saya hanya fokus kepada diri sendiri. Saya ada tanggungjawab.
“Bila saya diberikan kemenangan atau mendapat anugerah vokal terbaik, itu tak bermaksa saya lebih bagus daripada orang lain. Ini adalah rezeki yang Allah bagi.
Ads
“Ernie bagus dengan caranya tersendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Aina akui penat dengan berbandingan ini dan dia sebenarnya mahu bersama dengan Ernie untuk menaikkan industri muzik tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
“Sudah tentu saya agak penat juga. Saya nak wujudkan ekosistem yang baik. Saya nak buang ideologi dua penyanyi perempuan mesti kena bersaing.
“Setidaknya saya cuba untuk buang perkara itu. Saya sangat hargai Ernie dan saya harap dia pun gembira bila dapat buat persembahan dengan saya.
“Kami cuba bawa positiviti dalam industri. Mulut orang luar yang bercakap perkara negatif, mereka buat fans sebenar?” akhirinya.
Terdahulu, AJL38 sememangnya malam yang bermakna buar Aina selepas memanangi tempat ketiga, Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya penyanyi Shahir Zawawi sah bergelar suami kepada Jaskin Jaludin pada malam Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongche dengan sekali lafaz disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapaidi Bizmilla Grand Ballroom, Subang Jaya kira-kira jam 9.10 malam.
Dalam majlis itu, Shahir atau nama sebenar, Ahmad Shahir Zawawi, 34, menyerahkan mas kahwin RM300 beserta wang hantaran RM20,000.
Shahir turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Shahir meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis akad nikah yang turut disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang datang dari Kampar, Perak dan Tawau, Sabah.
“Alhamdulillah, syukur segalanya sudah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit.
“Sebelum bernikah memang ada rasa gementar, tetapi selepas semuanya selesai saya kini berasa lega. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri 300 tetamu termasuk ahli keluarga, sanak saudara serta kenalan rapat kedua mempelai.
Terdahulu, penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu mengikat pertunangan dengan usahawan merangkap pemilik butik asal Sabah berusia 30 tahun itu pada 16 Julai lalu selepas dua bulan berkenalan.
Shahir mengakui Jaskin atau mesra disapa Ekin adalah wanita yang mempunyai ciri suri pilihannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemergian mengejut pelakon Indonesia, Saphira Indah pada usia 32 tahun hari ini nyata mengejutkan ramai pihak.
Hasil siasatan awal, bintang yang turut hamil enam bulan itu dikatakan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas.
Difahamkan, jenazah Allahyarham sudah pun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Tempat Pemakaman Umum (TPU) Semper, Cilincing, Jakarta Utara.
Serentak dengan pemergiaan Saphira, para pelakonnya yang turut terlibat di dalam filem Eiffel… I’m in Love turut menitipkan doa dan dedikasi terhadap Allahyarham.
Terdahulu, selain Eiffel… I’m in Love, Saphira turut beraksi di dalam beberapa buah filem seperti Virgin 3: Satu Malam Mengubah Segalanya (2011), Poconggg Juga Pocong (2011), Rumah Kosong (2014) dan Villa 603 (2015).
Allahyarham turut aktif membintangi siri televisyen tempatan Indonesia.
Foto: Instagram Saphira/ Tribun Seleb
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Atikah Suhaime menjelaskan fotonya yang dilihat sopan berbaju kurung dan bertudung yang dirakam bersama kekasih Datuk Lokman Teh adalah sewaktu mereka menghadiri kurus kahwin baru-baru ini.
Ia sekaligus menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa mereka sudah pun mendirikan rumah tangga.
“Itu gambar kami hadir kursus perkahwinan di Masjid Wilayah Persekutuan,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Atikah memuat naik gambar dia bersama jejaka itu di Instagram dengan kapsyen, ‘Baby @lokmantea’.
Serentak dengan perkongsian terbabit, Atikah turut menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang mendoakan yang baik-baik buat mereka.
“Terima kasih kepada semua pengikut dan rakan-rakan kerana mendoakan kami. Insya-Allah kami rancang untuk nikah pada Januari tahun depan,” katanya yang sudah bergelar tunang kepada Lokman sejak dua bulan lalu.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan pada hantaran terbabit mendapat reaksi balas daripada Atikah sendiri.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 11,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!