Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri berserah atas segala ujian yang berlaku terhadap rumah tangganya.
Shuhada, 29, berkata, jodohnya bersama pelakon itu mungkin sudah berakhir namun dia masih bapa kepada anak-anak mereka.
“Perasaan sayang itu sangat subjektif. Saya sayangkan dia sebagai seorang bapa kepada anak-anak saya.
“Antara kami mungkin jodoh sudah sampai di sini saja. Saya reda dengan apa saja yang Allah takdirkan,” katanya ketika ditanya sama ada masih menyimpan rasa sayang terhadap Hafidz atau sebaliknya.
Tambah Shuhada, dia juga tidak pernah melarang Hafidz untuk bertemu anak-anaknya.
“Kalau kami masih bersama pun saya nak hubungan dia dengan anak-anak erat.
“Saya hidup dalam famili yang normal, bukan berpecah-belah. Saya dengan abah saya pun sangat rapat sampaikan kami tonton perlawanan bola bersama-sama.
“Jadi saya nak lihat hubungan Hafidz dengan anak-anak pun begitu. Jadi untuk Hafidz bertemu anak-anak memang tiada halangan. Dia boleh jumpa dan hubungi keluarga saya. Dia cuma tak boleh berjumpa saya saja,” katanya lagi.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Lama Lagi Dah Tak Single, I Love You Cik Tunang,” – Bersemutnya Ucapan Birthday Kamal Adli Buat Uqasha Senrose!
Bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-29, aktor kacak, Kamal Adli dilihat ada menitipkan ucapan istimewa buat tunangnya yang juga merupakan pelakon, Uqasha Senrose.
Dalam ucapannya itu, Kamal turut membuat permohonan maaf kerana tidak dapat berada disamping Uqasha sewaktu hari lahirnya memandang negera ketika ini sedang berada didalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (3.0).
“Happy birthday to my special girl @uqashasenrose2 . Saya tahu how awak sad sebab pkpd jatuh birthday awak. Maafkan saya jauhh pulak this year seberang daerah.
“Apa pun semoga Allah panjangkan umur, murah rezeki, di permudahkan segala urusan termasuk urusan kita. Semoga di kurniakan kesihatan berpanjangan, di makbulkan segala doa.. ur strong girl.. tabah kuat dan cergas (mcm iklan susu pulak),” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Scammer itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Kamal turut memanjatkan doa semoga segala yang dihajati oleh Uqasha akan sentiasa dimakbulkan tuhan.
Malah, Kamal juga berasa amat teruja kerana mereka dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi
“InsyaAllah yang baik-baik je saya doakan untuk awak ya! Still young still banyak lagi untuk di capai insyaallah. Tak lama lagi dah tak single okkk!
“Stay cantik and always cantik punnnn. Ya Allah kau lindungilah diaa dan peliharahlah dia sebaiknya amin i ❤️u soo much cik tunang,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji ucapan istimewa tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Kamal dan Uqasya ke jinjang pelamin akan sentiasa dipermudahkan.
“Wow, sweer gila Kamal. InsyaAllah tak lama lagi tu.
“Tak sabar nak tengok depa naik pelamin.
“Dia punya sweet macam dalam drama juga.
“So sweet. Semoga berkekalan hingga ke jannah. InsyaAllah Ameen. Happy birthday princess,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha telah pun mengikat tali pertungan mereka pada tanggal 4 April yang lalu.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Kamal Adli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puji Selebriti Guna Pengaruh Untuk Hal Baik, Ustaz Zakaria Awang Cetus Inisiatif Agih 10,000 Kit Pengurusan Jenazah Percuma
Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah juga tidak terkecuali menjalankan kempen amal pengagihan set kain kafan dan pengurusan jenazah atas paksi kebajikan.
Penaung pertubuhan berkenaan, Ustaz Zakaria Awang berkata kempen sumbangan set pengurusan jenazah termasuk kain kafan itu tercetus sebagai usaha amal kebajikan yang tidak pernah ada noktahnya.
“Kita mudahkan urusan atau ringankan beban orang, insya-Allah urusan sendiri juga akan dipermudah. Berbuat baik dan menambah pahala sendiri tiada garis penamatnya.
“Perkara yang dihadapi dan dilalui bagi setiap yang hidup kadangkala menjadi kesulitan tanpa diduga. Contohnya pihak masjid dan keluarga si mati.
“Jadi tercetuslah idea pihak kami dalam pengagihan set pengurusan jenazah ini. Malah saya memuji ada golongan artis dan ustaz selebriti yang menggunakan pengaruh mereka menjual set seumpama itu,” katanya.
Kempen ini sudah memasuki bulan ketiga dan sudah lebih 300 set kelengkapan berkenaan diagihkan kepada masjid yang memerlukan.
“Selepas tiga bulan kempen ini berlangsung, lebih 20 buah masjid sekitar Kajang dan di Pantai Timur sudah menerima agihan set kelengkapan pengurusan jenazah itu.
“Kebiasaannya, kita akan dapatkan semua senarai masjid termasuklah di Semenyih dan Negeri Sembilan. Malah kita juga berhubung dan merujuk ahli jawatankuasa (AJK) masjid.
“Jika masjid berkenaan ada menguruskan jenazah dan perlukan set kelengkapan jenazah kita akan utamakan kepada masjid memerlukan,” katanya.
Tambah Ustaz, komunikasi antara masjid yang menerima agihan akan berterusan.
“Kebiasaannya masjid yang menerima sumbangan berkenaan akan memaklumkan sama ada ia sudah diguna pakai.
“Malah, jika menerima panggilan dari mana-mana masjid memerlukan, pihak kami akan aturkan agihan sumbangan dengan menghantar wakil untuk sesi pengagihan tersebut
“Bahkan di sebelah Pantai Timur, kami turut mempunyai staf dan wakil yang akan menjadi wakil untuk mengagihkannya set kelengkapan terbabit. Ia merangkumi Kota Bharu (Kelantan), Kemaman (Terengganu) selain Johor,” katanya.
Ad Diniah mensasarkan pengagihan pengurusan jenazah termasuk kain kafan lebih 10,000 set.
“Dalam set kain kafan dan pengurusan jenazah ini merangkumi ini 20 barangan termasuk telekung, air mawar, dan alat kelengkapan pemandi jenazah seperti apron, sarung tangan dan sebagainya.
“Kebiasaannya kita mendapatkan kelengkapan ini di kedai berbeza. Ada kedai yang tidak menjual semua kelengkapan dan keperluan diperlukan. Jadi itu agak menyukarkan.
“Pihak kami mengambil masa sekitar dua minggu sekurang-kurangnya untuk menyediakan 100 ke 100 set lain. Kos satu set adalah RM300,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ad Diniah juga mengalu-alukan sumbangan dan infak orang ramai dalam mengimarahkan kempen.
Ditanya mengenai keunikan setset pengurusan jenazah ini berbanding dengan set yang lain, Zakaria berkata ia didatangkan dengan kain sudah sedia berjahit dan dipotong.
“Ia lebih memudahkan pihak masjid atau keluarga si mati. . Proses jadi lebih cepat dan menjimatkan masa serta memudahkan urusan menguruskan jenazah,” katanya.
Untuk rekod pertubuhan tersebut diusahakan sejak 1985 dan kini genap usia yang ke-37. Ia bermula dengan program korban dan aqiqah di Malaysia termasuk ke Kemboja.
Pertubuhan yang memiliki 32 staf ini rancak menyalurkan bantuan wakaf Al-Quran, pam air, tandas, basikal dan banyak lagi.
Kini dikembangkan pula dengan pengagihan kit atau set pengurusan jenazah. Bahkan ada pembelian set berkenaan dibeli untuk disimpan di rumah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kejadian Itu Bukan Perkara Yang Seronok,” – Zul Ariffin Doa Yang Terbaik Buat Ruhainies, Enggan Buang Pahala Puasa
Pelakon Zul Ariffin lebih selesa tidak mencampuri urusan peribadi rakan seperjuangan, Ruhainies yang berdepan kontroversi dengan penyanyi, Aliff Aziz.
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, sebagai orang luar, dia bukanlah orang yang tepat untuk memberikan pandangan berhubung isu ini.
“Saya tiada hubungi dia dan saya pun bukan orang yang layak untuk memberikan pendapat. Namun, kita anggap perkara ini sebagai satu ujian dan musibah.
“Saya yakin perkara ini mempunyai hikmah di sebaliknya,” katanya kepada MH ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Astro pada Rabu.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu bercakap mengenai perkara yang melalaikan dan mahu memberikan sepenuh tumpuan beribadah di bulan Ramadan ini.
“Saya tak nak meletakkan diri saya sebagai golongan yang membuang pahala di bulan Ramadan ini.
“Sejak permulaan Ramadan lalu, saya nampak ramai yang membuang-buang pahala. Saya tak nak sertai kumpulan itu.
“Saya pun tak tahu hal sebenarnya dan saya hanya tahu apa yang dilaporkan daripada pihak media sahaja,” katanya lagi.
Pada masa sama, Zul juga percaya yang Ruhainies juga memerlukan ruang dan masa bagi menyelesaikan kemelut ini.
“Saya pun tiada depan muka mereka dan saya juga tidak akan bertanya atau hubungi mereka walaupun sebagai teman baik.
“Mungkin mereka perlukan ruang dan masa untuk berfikir. Kejadian itu bukan perkara yang seronok.
“Biarlah saya tidak terlibat dan lihat dari jauh. Kita doakan sahaja yang terbaik. Lagipun, ini merupakan kisah peribadi orang lain.
“Kalau hal kerja itu, mungkin kita boleh komen sebab kita tahu apa yang berlaku. Saya takut nak bercakap hal orang lain. Lebih baik saya menjaga lidah saya,” akhirinya.
Pada 8 Mac lalu, Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) atas dakwaan khalwat.
Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil memohon maaf susulan insiden itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI