Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri berserah atas segala ujian yang berlaku terhadap rumah tangganya.
Shuhada, 29, berkata, jodohnya bersama pelakon itu mungkin sudah berakhir namun dia masih bapa kepada anak-anak mereka.
“Perasaan sayang itu sangat subjektif. Saya sayangkan dia sebagai seorang bapa kepada anak-anak saya.
“Antara kami mungkin jodoh sudah sampai di sini saja. Saya reda dengan apa saja yang Allah takdirkan,” katanya ketika ditanya sama ada masih menyimpan rasa sayang terhadap Hafidz atau sebaliknya.
Tambah Shuhada, dia juga tidak pernah melarang Hafidz untuk bertemu anak-anaknya.
“Kalau kami masih bersama pun saya nak hubungan dia dengan anak-anak erat.
“Saya hidup dalam famili yang normal, bukan berpecah-belah. Saya dengan abah saya pun sangat rapat sampaikan kami tonton perlawanan bola bersama-sama.
“Jadi saya nak lihat hubungan Hafidz dengan anak-anak pun begitu. Jadi untuk Hafidz bertemu anak-anak memang tiada halangan. Dia boleh jumpa dan hubungi keluarga saya. Dia cuma tak boleh berjumpa saya saja,” katanya lagi.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini