Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai seorang bintang media sosial yang bergurau mengenai pakaian tradisional masyrakat Iban di Sarawak.
Lalu, penyanyi Bob Yusof ada meluahkan rasa kesal dengan sikap individu berkenaan yang disifatkan tidak menghormati agama, adat dan budaya orang lain.
Sebagai anak kelahiran Sarawak, Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop berharap individu tersebut belajar daripada kesilapan yang dilakukannya.
“Bukan nk besarkan isu, tp harap dpt menjadi pengajaran dimasa akan dtg, kita adalah masyarakat yg tinggi budi pekerti dan hidup dgn pelbagai kaum serta pelbagai adat dan budaya.
Saya sebagai anak jati Sarawak amat kesal dgn apa yg berlaku.
“HORMAT antara 1 sama lain dan Hormat dgn setiap budaya itulah yg MOLEK. Mohon maaflah secara terbuka kepada kaum Iban khususnya dan rakyat Sarawak amnya, mungkin ini cara trbaik meredakan kemarahan ini ye saudara R,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan bintang media sosial kelahiran Kelantan itu.
“Mentang2 dah popular ramai follower lupa dah adab. . Yang tukang gelak kat tepi tu pun. Tak kelakar pun. Saya sbg kaum Iban sangat terguris perasaan,” luah seorang warganet di ruangan komen.
“Pandang kiri kanan melintas baruk selamat. Tok sik main langgar jak lampu isyarat, pia lah . Dah berlanggar baruk rasa bersalah,” nasihat seorang individu.
“Sangat setuju. Setiap inci peralatan dihina. Its too much!,” tulis netizen.
Foto: Instagram Bob Yusof