Hiburan

“Saya Sebak, Mereka Ingat…” – Ziana Zain Tak Gemar Celebrate Birthday, Menangis Bila Anak-Anak Buat Kejutan

Share

Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh saat mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 tahun lalu.

Menurut Ziana, sebagai seorang yang kurang gemar menyambut hari lahir, momen tersebut nyata meruntun hatinya bila anak-anak mengingati tanggal hari lahirnya.

“Hari jadi saya tahun lepas, anak-anak buat kejutan. Mereka masuk ke bilik dan menyanyi lagu ‘Happy Birthday’ sambil bawa kek kesukaan saya iaitu ‘carrot cake’.

“Saya jadi kelu. Tak sangka anak-anak ingat hari lahir saya. Kata anak-anak, mereka semua ingat hari lahir mama.

“Saya jadi tersentuh. Selalunya, saya yang bawa mereka beli kek. Kali ini mereka pula belikan untuk saya. Itu memori yang saya ingat sampai sekarang.

“Saya jadi sedih sebab nak-anak ingat saya. Mereka kata ini sahaja yang mereka dapat beli. Saya syukur. Tahun ini mereka buat kad istimewa sebab mereka tahu saya kurang suka sambut hari lahir,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Sangkar Cinta itu berkata sedemikian ketika majlis sambutan hari lahir yang ke-56 yanv berlangsung di Zukkini, Ara Damansara pada Ahad.

Ditanya mengapa dia kurang gemar menyambut hari lahir, Ziana memaklumkan perkara tersebut merupakan bukan rutin keluarganya sejak dahulu.

“Saya bukan tak suka sambut hari lahir cuma ia mungkin bukan cara keluarga saya selama ini. Ada atau tidak, saya tak kisah.

“Namun, seiiring peredaran zaman, kita kena akur dengan keadaan semasa. Bila ada yang sambut, saya sangat bersyukur terutama dari pihak peminat.

“Untuk saya sambut sendiri, itu memang tidak. Bila ibu bapa kita polis, memang tiada buat sambutan,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Ziana turut berkongsi petua yang membuatkan dirinya sentiasa tampil awet muda meskipun sudah mencecah usia 56 tahun.

“Saya tiada rahsia. Macam selalu saya kongsikan, bila kita minum air kosong, berselawat dan berdoalah minta apa yang patut. Saya juga bersemam untuk kesihatan tubuh dan wajah.

“Namun, mak saya selalu pesan untuk sentiasa bersihkan hati walaupun bukan mudah. Sentiasa bercakap dan ingat hal yang baik-baik.

“Jadi, saya melihat ibu saya sendiri, pada usia 73 tahun, dia masih lagi cantik dan kuat.

“Saya juga suka bergaul dengan banyak peringkat umur. Bila duduk dengan mereka, saya tak rasa tua,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf