HomeBerita“Saya Sebenar-Benarnya Tak Nak Zahirah Dirikan Rumah Tangga Buat Masa Ni Sebab…,”...
“Saya Sebenar-Benarnya Tak Nak Zahirah Dirikan Rumah Tangga Buat Masa Ni Sebab…,” – Bakal Terima Menantu Sulung, Zainol MacWilson Mahu Yang Terbaik Dunia Akhirat
Pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan tunangnya, Zahirah MacWilson akhirnya mengumumkan mereka berdua bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri, Februari tahun hadapan.
Lalu, keduanya telah pun mengadakan sidang media khas bagi berkongsi berita tersebut buat para peminat.
Bagaimanapun, bapa kepada Zahirah yang juga seorang bintang televisyen dan pelakon, Zainol Johan MacWilson pula secara peribadi masih belum mahu ‘melepaskan’ anak sulungnya itu untuk memikul status sebagai isteri kerana usianya masih muda, iaitu 24 tahun.
Namun sebagai bapa, pelakon ini turut rasa gembira dan merestui keputusan yang telah dibuat Zahirah memandangkan mereka sudah pun sepakat berbincang.
“Perasaan saya sebagai ayah sangat gembira memandangkan saya pun sudah cecah usia 61 tahun. Rasa seronoklah sebab dia sudah bertemu dengan pilihan hati meski kalau bak diikutkan, saya sebenar-benarnya tak nak Zahirah mendirikan rumah tangga buat masa ni sebab dia baru 24 tahun.
“Kalau boleh biarlah usianya cecah 25 tahun dan ke atas. Apa pun, saya hormati pilihannya. Kalau kita menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku jadi sebagai ayah, saya terima,” kata Zainol yang mengharapkan yang terbaik buat permata hatinya itu dunia akhirat.
Ads
Ditanya mengenai sejak bila dia mengetahui keduanya menjalin hubungan cinta, Zainol memberitahu semuanya terdedah ketika masing-masing terlibat dalam Curi-Curi Cinta.
“Yang saya dapat tahu mereka berlakon bersama dalam Curi-Curi Cinta tapi sebelum itu saya pernah jumpa Aiman dua tahun lepas ketika Zahirah berlakon dengannya untuk sebuah drama tapi saya tak begitu fokus sangat pada Aiman ketika itu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Alhamdulillah tiba-tiba dia terpaut hati dengan Aiman. Saya pula cakap pada Zahirah, kenapalah kakak nak keluar dengan artis? Tetapi tak apa lah, dia kata ini pilihannya,” kongsinya kepada MH.
Ads
Menyifatkan lelaki pilihan anak seorang yang menghormati orang tua, Zainol turut memberitahu Aiman juga seorang anak lelaki yang pandai mengambil hati.
“Dia sangat menghormati orang, dari segi cara dia bercakap. Aiman sendiri masih ada ibu bapa, jadi bagi bukannya rupa paras dicari, tetapi tahu untuk ambil hati.
“Kita sebagai ayah boleh tahu seseorang itu ikhlas atau sebaliknya dengan anak kita, jadi apa yang saya nampak secara mata kasar dari segi perwatakan, cara dia bercakap dengan kita setakat ini alhamdulillah,” jelas Zainol optimis.
Ads
Terdahulu pada sidang media yang dilangsungkan di Bakersfellas Ara Damansara itu, turut hadir ialah bapa kepada Aiman.
Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan Jun lalu di Perth Australia, menerusi perkongsian foto pasca tunang di media sosial masing-masing.
Ikuti sidang media penuh mengenai pengumuman perkahwinan yang dilakukan lovebirds ini menerusi live FB MH.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Chadwick Boseman merupakan seorang pelakon yang disegani ramai. Mula bergiat serius dalam dunia seni pada tahun 2000, namanya berada di puncak apabila terpilih untuk memegang watak adiwira Black Panther pada tahun 2018. Sebagai watak adiwira utama pertama berkulit hitam yang diketengahkan, filem tersebut meraih kejayaan besar dan sekaligus membuatkan dia terkenal seluruh dunia.
Namun begitu siapa sangka, dia telah menhembuskan nafasnya yang terakhir tahun lalu akibat penyakit kanser kolon pada usia 43 tahun. Sebelum itu kelibatnya yang tampil kurus telah menimbulkan pebagai spekulasi. Dia yang berahsia tentang penyakit yang dihidapinya meninggal sambil dikelilingi keluarga terdekat di rumah.
Setahun selepas kematiannya, kini nama pelakon popular ini telah secara rasminya diabadikan pada salah sebuah kolej seni halus di Universiti Howard, Washington D.C. Kolej tersebut telah dinamakan sebagai Chadwick A.Boseman College of Fine Art.
Chadwick menerima anugerah doktor kehormat dari Universiti Howard
Menurut hantaran yang dimuat naik di ruang Instagram Universiti Howard tertera penjelasan, “Kelmarin pemasangan papan tanda Kolej Seni Halus Chadwick A. Boseman telah dilakukan. Seorang ikon dalam kelasnya tersendiri dan telah meninggalkan legasi yang tidak terukur bagi legasi yang seterusnya. Terima kasih Mr.Boseman.”
Keputusan untuk menukar nama kolej tersebut telah diumumkan pada Mei tahun ini lagi. Chadwick merupakan graduan dari Universiti Howard dan tamat pengajian pada tahun 2000. Sejak itu di banyak memberi sokongan dalam pembangunan universiti tersebut.
Diharapkan dengan penjenamaan semula nama kolej tersebut memberikan inspirasi kepada generasi seterusnya untuk cemerlang di dalam bidang seni sebagaimana cemerlangnya Chadwick dalam kerjayanya.
Kemarahan tercetus di kalangan penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya di Rabat, Maghribi selepas media tempatan melaporkan seorang remaja perempuan malang berusia 17 tahun telah diculik dan diseksa sekumpulan lelaki. Lebih menyedihkan, remaja tersebut turut dipercayai telah dicabuli individu sama.
Difahamkan sejak Isnin lalu, lebih lebih 12,000 orang menandatangani petisyen bagi mendesak kerajaan di bawah Raja Mohammed VI untuk memberikan bantuan perubatan serta rawatan psikologi selepas video keadaan mangsa tular menerusi media sosial.
Menerusi video yang disiarkan saluran Shoof, mangsa mendakwa dia diculik di bandar Olad Ayad, wilayah Beni Mellal, kira-kira dua bulan lalu. Pada masa sama, gadis itu juga didakwa telah diperkosa secara bergilir-gilir, dicucuh rokok bahkan beberapa bahagian tubuhnya turut dicacah ditatu.
Antara bahagian tubuh mangsa yang dicacah tahu ialah belakang leher, tangan, lengan dan betis.
“Mereka mengurung saya selama dua bulan dan saya diseksa dengan teruk. Saya tidak akan maafkan mereka. Mereka telah hancurkan hidup saya,” katanya seperti yang dipetik Sinar Harian menerusi laporan Al-Jazeera.
Sementara itu, menurut bapa mangsa, tiga suspek telah ditahan pada Sabtu dan perbicaraan mereka dijadualkan bermula awal September ini. Sebagai tanda sokongan, netizen turut dedikasikan hashtag #weareallKhadija khusus bagi mengetengahkan isu keganasan ke atas wanita di negara Afrika Utara.
Foto: The Independent UK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta telah memuat sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, gambar tersebut kelihatan bintang cantik itu tampil ‘glamor’ mengenakan kaca mata hitam ketika membeli sayur di pasar awam.
“Bila p market pakai ceqemin mata , tak nampak dah hat mana sawi hat mana bayam . #rozitachewan #cheta #rcw . HERA MEDALLION.#zapatosxrozitachewan .@zapatosbyzainsaidin . 0194477451 yusri”tulisnya.
Mengejutkan apabila perkongsian pelakon yang berusia 46 tahun itu masih lagi menerima kecaman daripada netizen kerana gara-gara memakai kaca mata hitam di pasar awam.
Alahai, masih tak habis-habis lagi netizen nak memberi kecaman kepada Che Ta. Tetap mega!
Apa-apa pun Che Ta sangat versatil. Namanya pun Che Ta kan? Apa saja yang dipakai pasti akan jadi perhatian ramai.
Foto : Instagram Che Ta
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak memulakan kerjaya sebagai pengacara televisyen pada tahun 2007, hos Malaysia Hari Ini (MHI) dan pembaca berita, Fadzly Fuad, tidak pernah berkecil hati meskipun...