Sejurus penyanyi terkenal, Ziana Zain tampil menerusi single baharu selepas 15 tahun berjudul Waktu yang disampaikan secara duet dengan Hasif Upin, peminat mulai memberikan reaksi pelbagai.

Menerusi media sosial, ada yang meluahkan rasa kecewa kerana berpendapat Ziana sepatutnya melancarkan single solo selain ada yang mempertikai mengenai pemilihan pendatang baru itu sebagai pasangan duet.

Ziana, 55, tidak menafikan, ada yang mempersoalkan kolaborasi mereka menerusi lagi ciptaan Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat itu.

“Ramai yang memberi kritikan dan juga mengecam di ruangan Instagram serta mempertikaikan kenapa saya berduet bersama Hasif Upin. Iyalah, setelah hampir 15 tahun tidak ada single baru, dan peminat ternanti-nanti.

“Ada yang mempersoalkan juga kenapa tidak kolaborasi dengan artis-artis ‘A lister’ yang lain. Saya rasa perlu tampil dan beri penjelasan,” katanya.

Ads

“Saya Sebenarnya Nak Bagi Ruang Dan Peluang Untuk Hasif Upin,” – Ziana Zain “Saya Sebenarnya Nak Bagi Ruang Dan Peluang Untuk Hasif Upin,” – Ziana Zain “Saya Sebenarnya Nak Bagi Ruang Dan Peluang Untuk Hasif Upin,” – Ziana Zain

Reaksi tersebut diterima dua bintang itu menerusi ruangan komen di media sosial masing-masing selepas teaser single berkenaan dimuat naik sejak beberapa hari lalu.

Penyanyi lagu Puncak Kasih itu mengakui, dia bersetuju untuk bekerjasama dengan bintang muda itu selepas melihat kesungguhannya dalam bidang nyanyian.

Ads

“Saya sebenarnya nak bagi ruang dan peluang untuk bakat baru seperti Hasif, yang juga ‘tiktoker’ dan juga penyanyi baru. bersetuju untuk berkolaborasi bersama.

“Saya nampak bakat Hasif dari segi kualiti vokal dan kesungguhan Hasif untuk menceburkan diri dalam industri hiburan tanahair.

Ads

“Semangat dan kerajinan Hasif harus dipuji dan saya secara perubadi personally suka dengan kesungguhan yang ditunjukkannya itu.

Ini juga merupakan salah satu sokongan saya sebagai artis berpengalaman untuk beri ruang juga peluang kepada bakat baru seperti Hasif Upin untuk lebih dikenali ramai,” katanya lagi.

Terdahulu, Waktu yang dilancarkan malam tadi juga telah pun ditonton lebih 8,000 kali di YouTube.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI