Meskipun sudah dilihat mengenakan hijab sejak tahun lalu namun, pelakon dan pengacara, Eleena Sui difahamkan masih tidak terlalu terbuka mengenai kisah penghijarahannya itu.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Eleena ada berkongsi sebuah video yang memaparkan segala momen-momen menarik di dalam hidupnya sepanjang tahun 2022.
Pada posting yang sama, Eleena atau nama sebenarnya Nor Eleena Hamzah turut mendedahkan dirinya kini sudah pun berhijab dan memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan dirinya agar terus kekal istiqomah.
“Tak tahulah sama ada saya patut atau tidak kongsikan video ini. Sebenarnya saya dah lama simpan. Konon nak ikut trend. Jadi, tengok jelah.
“Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqomah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya,” tulisnya.
Ads
Bekas pengacara program Hlive ini turut memaklumkan dirinya kini masih lagi dalam fasa menuntut ilmu dan menyesuaikan diri.
“Mungkin agak sukar pada mulanya tapi saya sedang belajar perlahan-lahan,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala urusan hijrah Eleena akan sentiasa dipermudahkan.
“Love you. You’re so pretty.
Ads
“Alhamdulillah sis, kita doakan yang baik-baik.
“Ameen. Semoga terus diberikan kekuatan untuk kekal istiqomah.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan tabah dalam melalui proses berhijab. Bukan senang nak berhijrah. Semoga hati kita kuat.
Ads
“Allahu, nampak cantik sangat. Sopan dan comel,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Eleena telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Ahmad Faisya Mohd Bustaman pada Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Eleanor Aurora yang kini baru berusia setahun.
Hasil tinjauan MH, Eleena dilihat mula mengenakan hijab sejak bulan Jun yang lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengenali bahawa niat murni pelakon Abby Abadi seorang yang prihatin dan mahu membela nasib kanak-kanak yang ‘terbuang’.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu juga menerima pelbagai DM (Direct Message) dari netizen mengenai penjagaan anak-anak istimewa itu.
“Layan Yg nak baby tu nnti i jawab ye. Fening kefala ni sbb banyak nau yg DM
“Tapi mmg minta maaf awal2 juga sbb tak termampu jawab semua DM sbb yg minta lagi ramai dari baby yang ada.. jadi sorry,” jelas Abby.
“Satu lagi, nak maklum.. Sy buat ni niat hanya taknak ‘mereka’ buang baby yg ‘mereka’ taknak/tak mampu jaga tu.. Takde sebab lain & takde pendapatan pun utk ini. Kos2 kalau ada yg disebut semua utk ibu baby byr bil bersalin & yg sepatutnya.
“Jadi harap jangan dicari salah ye. Sy sekadar menjdi org tengah kenalkan je ibu baby & pihak ibu angkat baby supaya nasib baby tu akan lebih terbela. ITU SAHAJA. Sekian,” tulis Abby lagi.
Susulan itu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai.
Terdahulu, Abby pernah memaklumkan bahawa dia mahu membela nasib anak yang terbuang di akaun Instagramnya.
Foto : Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pengacara Dayah Bakar ada memberikan dedikasi paling istimewa buat suami tercinta, Kapten Muhammad Hanif Hamidi, bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan tahun ini.
Kongsinya menerusi Instagram bersama pautan foto si suami yang sedang bertugas, Dayah menitip rasa syukur atas pengorbanan imamnya itu.
“Selamat Hari Pahlawan, satriaku. Meski mungkin ada yang tidak memahami, apatah lagi menghargai dan menghormati tugasanmu yang berbekalkan keringat dan darah, malahan nyawa yang dipertaruhkan, aku disini mendukung sosok pahlawan yang bernama suami, anugerah kebaikan dari Tuhan kepadaku.
“Berjuang atas nama cinta dan perjuangan hanya untuk yang terpilih sahaja.
“Dengan ini saya juga mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua pasukan keselamatan negara yang bertugas, juga kepada mereka yang telah pergi dalam menjalankan amanah.
“Tidak dilupakan juga semua wanita-wanita kuat yang menjadi srikandi dalam mendukung moral, kebahagiaan kehormatan pahlawan-pahlawan negara,” tulisnya penuh makna.
Dayah dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 29 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang dirai penuh meriah di Kuala Lumpur.
Terdahulu media melaporkan, sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 peringkat Persekutuan akan diadakan pada September depan.
Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan itu akan diadakan pada jam 7.10 malam, 18 September di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Sementara sesi Istiadat Perbarisan dijadualkan akan dilangsungkan pada jam 8.30 pagi, 19 September di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dan khutbah khas dan solat Jumaat pada 20 September di Masjid Negara.
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, perubahan tarikh penganjuran majlis itu daripada tarikh perisytiharan asal pada 31 Julai adalah bagi memberi laluan dan mengelakkan pertindihan dengan beberapa acara untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai.
Foto: Instagram Dayah Bakar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!