Penyanyi Rafidah Ibrahim memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama dan usia kandungannya kini sudah tiga bulan.
Bagaimanapun, Rafidah turut mendoakan yang terbaik selepas dia disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Menurut Rafidah, suaminya, Shahzemir Shahzulkarib terlebih dulu dijangkiti virus berkenaan selepas pulang daripada mengerjakan umrah.
“Pada hari Rabu lepas, saya hubungi pihak hospital unit wanita & kanak-kanak untuk bertanya.. Saya sedang pregnant 3 bulan dan berlaku sedikit pendarahan, dalam masa yang sama saya juga positif Covid-19 kerana suami saya baru pulang dari umrah dan didapati positif.
“Alhamdulillah pihak hospital menerima kehadiran saya untuk pemeriksaan. Pemeriksaan jantung dan darah saya dalam keadaan normal dan tidak kritikal,” tulisnya menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Jelasnya lagi, situasi berkenaan menyebabkan dia bimbang akan keadaan bayi yang sedang dikandung.
“Paling saya risaukan adalah keadaan baby. Alhamdulillah denyut nadi baby masih ada dan itu merupakan satu berita gembira buat saya berbanding kandungan yang lepas (tiada denyutan).
“Itupun saya dah bersyukur sangat kerana ada progres berbanding dengan yang lepas. Terima kasih Dr Norliza Abdul Manap, Dr Khoo Er Hau & misi-misi (nurses) yang bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh melakukan pemeriksaan ke atas saya & kandungan.
“Alhamdulillah semuanya ok, cuma kerana yang lepas saya ada record keguguran, Dr kata chances ni 50-50 bergantung pada keadaan baby. Dan jika pendarahan semakin banyak, terus datang ke hospital.
“Tak semestinya yg tak baik tu tak baik, dan tak semestinya yg kita rasakan baik tu baik untuk kita” – Ustazah Asma Harun. Semoga segala perancangan dan yang terbaik itu sentiasa daripada Allah SWT,” tulisnya lagi.
Di hujung perkongsian, Rafidah turut memperkenalkan single terbaharunya yang kini sudah boleh didapati di pelantar muzik digital.
“Last but not least disebabkan saya pukalkan posting ni, saya mohon juga support single terbaru saya #ANUMERTA #YARASULULLAH (telah ada di spotify dan boleh request di radio. Semoga bermanfaat buat semua,” tulisnya lagi.
November lalu, Rafidah pernah mengalami keguguran selepas mengalami pendarahan ketika kandungan berusia lebih 10 minggu.
Terdahulu, Rafidah selamat melangsungkan pernikahan dengan Shahzemir yang juga pengurusnya, pada 5 Mei tahun lalu.
Pasangan yang sudah berkenalan lebih 10 tahun itu bernikah di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.