Penyanyi dan komposer, Aina Abdul merakamkan rasa syukur dan terharu apabila penyertaan sulungnya di Semi Final Muzik-Muzik membuahkan hasil menerusi lagu Sumpah yang diumumkan sebagai antara 12 buah lagu yang berjaya mara je pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34), Februari depan.
Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani yang juga naib juara Mentor Legend 2014 memberitahu, kejayaan melangkah ke AJL disifatkan sebagai satu permulaan kerjayanya kembali.
“Pentas ini adalah permulaan karier saya, sebabnya selepas program Mentor, saya mendiamkan diri. Jadi boleh dikatakan ‘stage’ ini berikan satu tuah buat diri saya.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan peluang. Saya sedar, diri ini masih lagi baru dan yang lain-lain pun senior saya, ibarat seorang guru. Terima kasih,” katanya dalam nada sebak.
Ditanya apakah perasaannya apabila lagu ciptaan sepenuhnya itu diumumkan sebagai lagu terakhir berjaya lolos ke pertandingan pencarian lagu terbaik tahunan itu, bintang berusia 26 tahun ini positif seandainya Sumpah tidak melengkapi senarai finalis AJL34.
Ads
“Mungkin saya tiada peluang… Saya sedar diri dan kedudukan. Bukan bermakna saya ingin merendahkan diri-sendiri, tetapi saya tahu perjalanan serta permulaan kerjaya saya yang bukan mudah.
“Jadi tak rasa saya akan dapat pun. Tapi alhamdulillah, rezeki Allah,” jelasnya lagi yang tidak jangka namanya kian dikenali kebelakangan ini.
“Sebab saya menyepi agak lama dan selama saya menyepi, saya banyak belajar dari kesilapan, tanya pada diri apa yang dimahukan dalam industri dan sebagainya.
Ads
“Terima kasih kepada semua yang menghargai. Jujurnya saya memang mahu peminat ingat balik terhadap diri saya. Jadi kejayaan ini ibaratnya sebagai satu permulaan,” kata Aina yang sebelum ini sinonim menerusi single Inggeris, Shadow.
Terdahulu, 30 buah lagu yang layak ke adalah berdasarkan undian peminat sebanyak 40 peratus dan penilaian juri profesional sebanyak 60 peratus di carta Muzik Muzik 34.
Tahun ini, peringkat semi finali dinilai para juri profesional terdiri daripada Faizal Uzir, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.
Ads
Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussn pula ditugaskan sebagai hos dan program ini telah pun bersiaran secara langsung setiap Jumaat, jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Berikut ialah 12 buah lagu yang berjaya mara ke pentas final AJL 34;
Membawa watak sebagai Siti dalam filem seram terkini, Dendam Pontianak, Shenty Feziliana mengakui pada awalnya dia ragu-ragu apabila diminta melakonkan babak intim bersama Remy Ishak.
Namun akur dengan kepentingan babak tersebut yang disifatkan sebagai pemangkin utama kepada kebangkitan dendam Pontianak iaitu Mina lakonan Nur Fazura.
“Waktu pertama kali mendapat skrip, saya mulanya agak terkejut dengan babak itu.
“Memang agak risau dan saya telah berbincang dengan penerbit untuk mengetahui sejauh mana seriusnya babak ini.
“Tapi pihak produksi menjelaskan babak itu akan direalisasikan dengan trik kamera.
“Malah saya dan Remy juga telah berbincang untuk menetapkan batasan antara kami berdua. Sebelum ini hubungan kami sebagai rakan artis ibarat abang dan adik, jadi tiada rasa kekok dan masing-masing melakukan tugas dengan profesional.
“Babak ini sangat penting kerana ia yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan pontianak,” ulasnya ketika ditemui pada Tayangan Perdana Dendam Pontinanak di Cineplexes Damansara, eCurve.
Akur dengan stigma masyarakat, kata pelakon dari Singapura ini, dia sedia menerima kritikan penonton, namun berharap agar mereka memahami tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.
“Saya tahu batasan diri. Asalkan kami berdua selesa jadi tiada masalah dengan babak itu.
“Semuanya untuk menghidupkan jalan cerita,” jelasnya lagi.
Dendam Pontianak merupakan sebuah filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap yang berkisar pada zaman 60-an dan bakal menemui penonton bermula 12 September ini. Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan dendam Pontianak.
Antara barisan pelakon lain yang turut terlibat adalah Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid dan Namron.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“InsyaAllah, doakan saya. Betul-betul nak kahwin.” Itu respon pelakon Johan As’ari selepas ditanya mengenai soal jodoh memandangkan usianya kini sudah 35 tahun.
Menurut Johan atau nama sebenarnya, Johan Ariff Asa’ri, calon sudah pun ada cuma dia meminta mendoakan agar segala perancangan ke arah itu dipermudahkan.
“Insya-Allah, mudah-mudahan. Maksudnya (calon) sudah ada. Tapi kami jarak jauh dan jarang berjumpa. Dia di Perlis.
“Saya nak kongsikan banyak mengenai hal ini… takutlah. Bimbang kalau tak jadi. Kami berkawan sekitar tiga tahun.
“Kalau ada jodoh. Saya sendiri pun sudah banyak kali rancang nak kahwin, tapi tak jadi. Segan pula kalau nak bercerita fasal nak kahwin. Lebih baik saya minta agar mendoakan semoga inilah jodoh saya.
“Kalau betul masanya sudah sampai, alhamdulillah syukur,” katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Yayasan Maghfirah di Bangi Convention Centre, baru-baru ini.
Berkongsi mengenai perjalanan hubungannya bersama wanita berkenaan, Johan yang mula dikenali menerusi drama bersiri Juvana ini mendedahkan, mereka sudah pun matang dan terbuka mengenai soal teman hidup.
“Kami tak mesra sebagai teman, tak mesra seperti orang lain yang bercinta. Akan tetapi masing-masing tahu kami sudah matang untuk buat keputusan sekiranya jodoh itu sampai, kita kahwin.
“Begitulah hubungan kami. Maknanya tak adalah selalu ‘dating’ dan sebagainya. Dia pun tidak mendesak. Malah katanya, kalau saya jumpa orang lain andai itulah jodoh… kahwinlah. Begitu juga sebaliknya. Saya sentiasa berdoa dan bersedia untuk reda,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan, Johan menjalin hubungan rapat dengan ahli perniagaan dari Perlis dan hubungan mereka turut direstui keluarga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Johan Asari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Takda rezeki anak ke-3. Gugur buat kali yang kedua. Usia kandungan 7 minggu. So kena berpantang yang ringan-ringan sahaja,” tulisnya.
Video berdurasi hampir tiga minit itu memaparkan perjalanan Nubhan dan isterinya sepanjang melalui proses kehamilan.
Lantaran itu, Nubhan turut mendedahkan isterinya itu bakal melalui proses berpantang selepas ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berduka cita mendengar kisah tersebut selain turut berharap agar Nubhan dan isterinya diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar itu.
Terdahulu, Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Tawfek telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.
Dalam perkembangan lain, Nubhan baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Sekali Lagi hasil kolaborasi bersama penyanyi, Siti Nordiana.
Sumber: Instagram Nubhan Ahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak Shuk Sahar mendedahkan dia sudah tidak dapat berkomunikasi dengan isterinya, Fara Salleh, sejak dua minggu lalu selepas disekat di semua platform media sosial.
Perkara...