Beberapa hari lalu, pelakon Nadya Syahera ada meluahkan perasaan mengenai suaminya yang dikatakan terlalu sibuk dan jarang berada di rumah sehingga dia terpaksa menguruskan hal rumah tangga seorang diri.
Menurut Nadya, situasi tersebut membuatkan dirinya sedikit tertekan sehingga menyebabkan anak-anaknya sering menjadi mangsa untuk dia melepaskan rasa marah.
Terbaru, menerusi hantaran di laman Instagram, suami kepada Nadya, Fizul Nawi akui kesilapannya itu dan menjelaskan mengenai situasi sebenar konflik yang melanda rumah tangganya.
Jelas Fizul, pada ketika ini, dia sememangnya agak sibuk untuk membangunkan semula bisnesnya lebih-lebih apabila terpaksa berulang alik dari Malaysia ke Thailand.
“Saya ingin mohon maaf jika ada yang marah atau salah faham. Buat masa sekarang saya memang sibuk ulang alik pergi kebun buah di Thailand.
“Buat masa sekarang saya perlu kerja keras sebab saya nak stabilkan balik perniagaan saya,” tulisnya.
Tambah bapa kepada tiga orang cahaya mata itu lagi, segala usaha kerasnya ketika ini adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan dan kesenangan buat keluarganya dikemudian hari.
Ads
Malah, Fizul turut memberitahu, dia akan berusaha memperbaiki kekhilafannya itu dan berjanji untuk terus berusaha menjadi yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya.
“Saya sedar diri masih tak mampu untuk bagi yang sempurna untuk anak bini sebab perlu bayar hutang dan komitmen bulan-bulan dan saya masih dalam proses naik ke level yang selesa.
“Saya memilih untuk hidup berserhana. Apapun saya akan berusaha dan kuat semangat atas segala ujian dan saya tak menyalah mana-mana pihak.
“Yang salah diri saya sendiri demi mengejar target hingga ada yang tersiksa,” ujarnya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga rumah tangga Fizul dan Nadya akan kekal bahagia hingga akhir hayat.
“Bagus bro. Tak malu untuk minta maaf. Turunkan ego. Semoga Allah murahkan rezeki kamu sekeluarga.
“Lebihkan masa untuk isteri dan anak-anak. InsyaAllah brother.
“Semoga Fizul dan Kak Bed terus kuat. Dugaan berumah tangga.
Ads
“Bincang elok-elok. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.
“Beri perhatian yang sewajarnya untuk anak dan isteri. Itu juga punca rezeki mengalir deras,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Nadya dan Fizul telah mendirikan rumah tangga pada September 2015.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Rose, Muhammad Dayyan dan Muhammad Barr Adam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nadya Syahera & Fizul Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Dj Lin lebih selesa menyimpan perasaan dan meluahkan segalanya kepada Allah SWT bila bercakap mengenai kesediaannya untuk memaafkan mana-mana individu yang pernah menyakiti dirinya selama ini.
Menurut Dj Lin, meluahkan isi hati kepada Allah SWT membuatkan hatinya jauh lebih tenang.
“Bila sebut tentang kemaafan, pada saya, siapalah kita untuk mengawal segala-galanya. Saya lebih suka ‘bermonolog’ dengan Allah.
“Apa sahaja curahan hati saya, saya tak perlu ceritakan kepada manusia. Bagi saya, Allah tahu apa yang berlaku.
“Biarlah Allah sahaja tahu isi hati dan doa saya. Saya tahu Allah tidak tidur,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Pengurus Besar Radio Suria FM ini juga percaya setiap ujian itu telah mematangkan dan mengubah perspektifnya terhadap orang sekeliling.
“Sebagai manusia, saya terima apa sahaja perkara yang dilakukan terhadap diri saya. Saya anggap itu ujian daripada Allah. Allah juga memperlihatkan kepada saya perangai-perangai manusia.
“Dari satu sisi, saya sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah menyedarkan saya bahawa kebaikkan kita tidak semestinya akan dibayar baik juga.
“Saya juga tak mengharapkan balasan yang baik tapi jauh di sudut hati, saya terkilan kerana silaturrahim itu yang lebih utama. Ia telah dibina lama,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Dj Lin juga memaklumkan dirinya juga akan mencari ketenangan di Tanah Suci, Mekah selepas seminggu menyambut kedatangan Aidilfitri.
“Saya akan mengerjakan umrah pada 10 Syawal ini bersama ahli keluarga. Saya cuma doakan Allah permudahkan dan beri ketenangan.
“Semoga Allah anugerahkan hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Allah tidak akan uji kita tiada mesej yang ingin disampaikan.
“Banyak yang Allah sedarkan saya daripada terlena. Biarlah saya meneruskan kehidupan dan tanggungjawab saya di Suria FM. Itu tempat saya bekerja dan cari makan.” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sharifah Amani tampil berkongsi mengenai realiti yang sering berlaku di dalam industri drama dan filem tanah air.
Menurut Amani, meskipun sudah memasuki dekad baru namun, masalah yang sama tetap dilihat seperti tiada penghujungnya.
Jelasnya lagi, antara masalah yang sehingga kini kerap dihadapi oleh para pelakon adalah kekangan untuk menyediakan pakaian atau ‘wardrobe’ sendiri ketika menjayakan sesebuah projek.
That’s why sometimes u see actors pakai baju sama for some cerita. Pasal tak semua mampu beli or carik lain. Tak semua mampu hire stylist and their own wardrobe team. Itu tanggungjawab production. Tapi production pun struggle dengan budget sikit. So? Round round we go lah 😞😞 pic.twitter.com/8eSBVG6v4M
“2021 and actors are still suppose to provide their own wardrobe for shoots. Budget sikit payment pun sama. Then you’re expected to find sponsor baju or beli sendiri. I don’t understand how this is still going on?
“That’s why sometimes you see actors pakai baju sama for some cerita. Pasal tak semua mampu beli or carik lain. Tak semua mampu hire stylist and their own wardrobe team,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Sepet itu menerusi benerapa ciapa yang dimuat naik di laman Twitter.
Katanya lagi, disebabkan kekurangan bajet, segelintir pelakon terpaksa mengenakan pakaian yang sama untuk projek yang berbeza.
Bagaimanapun, Amani memaklumkan permasalahan ini bukan hanya perlu diletakkan di bahu tenaga produksi sahaja, tetapi semua pihak haru berganding bahu agar satu mekanisme baru dapat diwujudkan bagi menambah baik mutu drama dan perfileman negara.
“Itu tanggungjawab production. Tapi production pun struggle dengan budget sikit. So? Round round we go lah.
“Please understand that we are tired of complaining. Many of us are trying our best to fix the system that has long been broken.
“We tell you this so you know it’s not that we can’t or don’t want to give our best to you, but because the system needs reform. Soon InsyaAllah,” jelasnya lagi.
Tambah Amani lagi, dia dan beberapa penggiat seni yang lain kini sedang mencuba untuk mengubah sistem yang sudah sekian lama digunapakai di dalam industri lakonan tanah air.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen faham akan situasi tersebut selain turut berharap agar usaha untuk mengubah sistem akan membuahkan hasil satu hari nanti.
Sejak akhir-akhir ini, wargamaya dilihat sakan membandingkan kualiti drama-drama tempatan dengan siri Korea Selatan yang kini sedang hangat diperkatakan iaitu Squid Game.
Sumber: Twitter & Instagram Sharifah Amani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beralih bidang dari nyanyian ke dunia lakonan, Ebi Kornelis bangga kerana terpilih memegang watak utama dalam filem Misi Operasi X (MOX) arahan Datuk Zulkeflie M.Osman.
Bagaimanapun menerusi filem bergenre aksi itu, Naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dilihat banyak memaparkan aksi ‘tayang’ badan.
Ditanya mengenai perkara tersebut, lelaki ini ada jawapannya sendiri.
“Saya sebagai seorang pelakon sahaja, selebihnya saya ikut arahan pengarah yang mahu menjayakan filem ini.
“Saya hanya hormat naskah itu dan tiada niat lain mahu menayang badan sasa,” katanya kepada MH.