Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida menitipkan dedikasi bersempena dengan ulang tahun kelahiran anaknya gadisnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau selesa disapa Cik B yang ke-16.
Meski dalam sebak, Datuk Seri Vida (DSV) menerusi perkongsian video menerusi IG TV tetap cuba membahagiakan anaknya itu dengan menghadiahkan sehelai hoodie jenama mewah.
Jelasnya dalam ruangan kapsyen, perasaannya bercampur baur kerana harapannya besar buat anaknya itu.
“Sy rasa sedih, rasa kecewa, seribu rasa berbaur. Cik B dah masuk umur 16 tahun. Harapan besar saya pada dia untuk teruskan legasi EMPAYAR NIAGA DSV.
“NAMUN, SAYA RASA SAYA GAGAL BESARKAN CIK B DENGAN GAYA HIDUP YG BETUL. KENA PANDAI, RAJIN, BERGAYA SEPERTI REMAJA LAIN.
“TAPI X NAMPAK KE ARAH TU. DIA ADA BAKAT BESAR..BIJAK. SAYA RASA TAK TERGALAS SORANG NAK BENTUK DIA JADI GADIS SEJATI. KAYA DUNIA AKHIRAT,” tulisnya.
DSV pada masa sama turut mendoakan agar Cik B cepat matang bagi meneruskan legasi perniagaannya.
“DIA PERLU CEPAT MATANG. CEPAT SAMBUNG EMPAYAR NIAGA SAYA. SIAPA LAGI SAYA NAK HARAP. TAPI CIK B MACAM TAK MINAT NIAGA,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya turut mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat Cik B dan ada di antaranya yang meminta DSV agar bertenang selain memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa.
Perkongsian video berdurasi 9 minit itu sudah pun ditonton hampir 130,000 kali.
Foto: Instagram Datuk Seri Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Sedang Pregnant 3 Bulan,” – Rafidah Ibrahim Percaya Aturan Allah, Diuji Covid-19
Penyanyi Rafidah Ibrahim memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama dan usia kandungannya kini sudah tiga bulan.
Bagaimanapun, Rafidah turut mendoakan yang terbaik selepas dia disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Menurut Rafidah, suaminya, Shahzemir Shahzulkarib terlebih dulu dijangkiti virus berkenaan selepas pulang daripada mengerjakan umrah.
“Pada hari Rabu lepas, saya hubungi pihak hospital unit wanita & kanak-kanak untuk bertanya.. Saya sedang pregnant 3 bulan dan berlaku sedikit pendarahan, dalam masa yang sama saya juga positif Covid-19 kerana suami saya baru pulang dari umrah dan didapati positif.
“Alhamdulillah pihak hospital menerima kehadiran saya untuk pemeriksaan. Pemeriksaan jantung dan darah saya dalam keadaan normal dan tidak kritikal,” tulisnya menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Jelasnya lagi, situasi berkenaan menyebabkan dia bimbang akan keadaan bayi yang sedang dikandung.
“Paling saya risaukan adalah keadaan baby. Alhamdulillah denyut nadi baby masih ada dan itu merupakan satu berita gembira buat saya berbanding kandungan yang lepas (tiada denyutan).
“Itupun saya dah bersyukur sangat kerana ada progres berbanding dengan yang lepas. Terima kasih Dr Norliza Abdul Manap, Dr Khoo Er Hau & misi-misi (nurses) yang bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh melakukan pemeriksaan ke atas saya & kandungan.
“Alhamdulillah semuanya ok, cuma kerana yang lepas saya ada record keguguran, Dr kata chances ni 50-50 bergantung pada keadaan baby. Dan jika pendarahan semakin banyak, terus datang ke hospital.
“Tak semestinya yg tak baik tu tak baik, dan tak semestinya yg kita rasakan baik tu baik untuk kita” – Ustazah Asma Harun. Semoga segala perancangan dan yang terbaik itu sentiasa daripada Allah SWT,” tulisnya lagi.
Di hujung perkongsian, Rafidah turut memperkenalkan single terbaharunya yang kini sudah boleh didapati di pelantar muzik digital.
“Last but not least disebabkan saya pukalkan posting ni, saya mohon juga support single terbaru saya #ANUMERTA #YARASULULLAH (telah ada di spotify dan boleh request di radio. Semoga bermanfaat buat semua,” tulisnya lagi.
November lalu, Rafidah pernah mengalami keguguran selepas mengalami pendarahan ketika kandungan berusia lebih 10 minggu.
Terdahulu, Rafidah selamat melangsungkan pernikahan dengan Shahzemir yang juga pengurusnya, pada 5 Mei tahun lalu.
Pasangan yang sudah berkenalan lebih 10 tahun itu bernikah di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sejurus Tonton Riena Diana Berlakon Teater Buat Pertama Kali, Reaksi Keith Foo – “Jujurnya Rasa Bangga…”
“Jujurnya, rasa bangga…,” Demikian reaksi aktor, Keith Foo sejurus menonton persembahan sulung kekasihnya, aktres Riena Diana menerusi teater Andak Bertandak yang sudah pun selesai pementasan hari pertama, bermula semalam.
Menurut Keith Foo, dia gembira melihat keyakinan serta keberanian Riena dalam menggalas tanggungjawab di dalam teater bergenre komedi arahan Azhar Zainal itu.
“Mengenali Riena, dia sebelum ini memang takut untuk keluar daripada zon selesa selain lebih cenderung untuk bekerja dengan produksi yang tertentu sahaja.
“Lalu bila dia berani ambil cabaran berbeza, dengan berlakon naskhah teater pula buat pertama kali, saya yang hadir menonton untuk beri sokongan pun tumpang teruja.
“Begitu juga dengan persembahan rakan pelakon lain, Semuanya saling melengkapi demi memastikan yang terbaik, tahniah buat produksi,” katanya.
Keith berkata demikian ketika ditemui sejurus pementasan hari pertama teater Andak Bertandak di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), pada Khamis.
Keith Foo sebelum ini pernah terbabit di dalam pementasan teater Ombak Rindu Tiada Penghujung yang dipentaskan di Istana Budaya beberapa tahun lalu.
Ditanya mengenai perkembangan hubungan di antara mereka pula, Keith meminta ramai untuk mendoakan yang baik-baik.
“Kami baru sahaja selesai menjalani penggambaran bersama untuk sebuah projek drama di New Zealand. Harapnya ada khabar yang baik, kita tengoklah macam mana”, katanya.
Terdahulu, skrip teater Andak Bertandak hasilan Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu bakal dipentaskan sehingga 1 September depan.
Selain Riena, turut sama terlibat di dalam pementasan ialah Ellie Suriaty, Azhan Rani, Jay Iswazir, Dottie, Fadhli Masoot, Aizat Saha dan Razman Mahayuddin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Ini Saya Ingat Produk Elektrik Saja Kena Ada Cop SIRIM. Rupa-Rupanya…,” Fizo Omar
Pelakon dan hos yang juga ahli perniagaan merangkap rakan kongsi spa kecantikan Hannan Medispa, Fizo Omar berbangga kerana jenama itu kian mendapat kepercayaan pelanggan.
Terbaharu, jenama terbabit menerusi rangkaian produk kosmetik sudah mempunyai cop SIRIM, sekaligus mencipta sukses yang tersendiri.
Susulan itu, satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara jenama itu dan SIRIM Berhad sudah dimeterai 10 Mac lalu di pejabat SIRIM di Shah Alam, Selangor.
Kerjasama strategik terjalin juga menjadi penanda aras simbolik kolaborasi terbesar dan pertama di Malaysia membabitkan bidang kosmetik dihasilkan jenama berkenaan.
“Sebelum ini saya ingat produk elektrik saja kena ada cop SIRIM. Rupa-rupanya produk kosmetik pun boleh dapatkan kelulusan daripada makmal SIRIM.
“Tapi sebelum saya benar-benar faham keperluan mendapatkan cop SIRIM itu, pelbagai perkara bermain di minda. Wajib ke? Perlu ke? Produk kosmetik dapat cop SIRIM?
“Tapi selepas memahaminya, apa dilakukan Hannan Medispa ini ialah bermula dengan mendapatkan bahan mentah daripada ekstrak nanas, kemudian dikaji SIRIM dan dibekalkan kepada kilang spa kecantikan itu.
“Ia seterusnya menjadi bukti bahawa bahan asas atau mentah produk kosmetik dikeluarkan ini memang selamat dan berkualiti untuk digunakan tanpa was-was.
“Tahniah atas kerjasama strategik ini. Ia menjadi penanda aras baharu untuk industri kosmetik di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Pengasas jenama tersebut, Dr Hannan Yusof menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai usaha berterusan mengukuhkan jenamanya ke satu lagi peringkat tertinggi.
Ia turut diperkasakan menerusi tanda pagar #nextlevel yang diwujudkan.
“Menerusi MoA dan kerjasama ini, SIRIM akan menjadi pembekal utama bahan mentah untuk produk kosmetik kami hasilkan. Bahan mentah pertama yang dibekalkan dalam produk kami ialah ekstrak nanas dipanggil ‘bromelain’.
“Kajian dan keberkesanan terhadap ekstrak nanas ini dilakukan pasukan penyelidik SIRIM sejak beberapa tahun lalu. Ia sekali gus membuktikan produk kosmetik kami hasilkan berasaskan ‘bromelain’ ini berkesan untuk digunakan termasuk mencerahkan kulit.
“Pihak SIRIM juga sudah dan akan berterusan menguji produk penjagaan kulit keluaran kami yang sedia ada di pasaran termasuk aspek keselamatan penggunaannya. Pendek kata, produk kami lulus tapisan keselamatan SIRIM,” katanya.
Dr Hannan yang juga doktor perubatan menambah serentak dengan termeterai perjanjian itu, pihak SIRIM juga sudah mengeluarkan sijil keselamatan untuk beberapa produk diuji.
“Saya dengan kerendahan hati berharap kerjasama ini juga dapat membuka mata rakyat khususnya pengguna jenama kami supaya terus cakna dalam pemilihan produk penjagaan kulit yang selamat.
“Seperti yang ditegaskan Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SIRIM, kalau produk ada cop SIRIM baru beli.
“Syukur Alhamdulillah produk rangkaian jenama kami sudah ada cop SIRIM. Kami pilihan mereka. Insya-Allah bersempena Syawal yang akan tiba, kami juga akan keluarkan set penjagaan kulit dan rambut edisi raya. Serentak dengan itu juga kita akan terbitkan sebuah video raya istimewa. Tunggu,” katanya.
Beroperasi sejak 2012, jenama spa terkenal ini sudah memiliki 100 cawangan di seluruh Malaysia.
“Kami bermula dengan permulaan yang sangat penuh kerendahan diri. Hinggalah mampu mencipta empayar perniagaan yang berkembang pesat serta meluas.
“Lebih utama kami juga mewujudkan spa dan kemudahan ini bersifat mesra Muslim dan tanpa was-was. Kami mahu terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan memastikan ‘everyone can cantik’.
“Malah dengan tanda pagar #nextlevel dilancarkan, kami mahu jadi terus relevan dan ekstrim. Kami sendiri bersifat spa dan salon terbesar di Malaysia dengan pertambahan cawangan baru setiap bulan,” katanya.
Dr Hannan menambah, jenamanya turut memiliki kilang penjagaan kulit sendiri di Muar, Johor yang berkeluasan besar selain memiliki sijil pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bukan mendabik dada, tapi mana ada spa kecantikan lain memiliki kilang sendiri. Hanya kami medispa yang memiliki kilang sendiri setakat ini.
Spa baru kita juga terus dinaiktaraf dan diubah suai.
Hingga kini jenama itu disokong 1500 pekerja secara keseluruhan, selain mempunyai lebih 3 juta pelanggan.
“Segala serbi termasuk bilik pameran dan perabot serba cantik. Mesin dan teknologi kita gunakan juga serba canggih.
“Tak lupa, kami juga terus mengubah gaya hidup staf yang menjadi nadi kekuatan empayar ini dengan pelbagai aspek termasuk peluang kerja, berkongsi ilmu hingga dapat membantu keluarga masing-masing.
“Kami bukan setakat membuka peluang kerja kepada ramai orang, tapi ini adalah perubahan hidup yang terbaik dalam terus mengimarahkan hidup serta ekonomi negara,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI