“Saya Sedih Sebab…,” – Jadi Peserta Pertama Tersingkir Di Big Stage 2020, Neeta Manishaa Tetap Bangga Dengan Hanie Soraya

Share

Penyanyi, Hanie Soraya diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir di pentas Big Stage 2020 yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada malam Ahad.

Terdahulu, bintang muda ini memiliki markah paling rendah di kalangan dua peserta lain iaitu Amir Hasan dan Fadh Majid.

Lalu, rakan penyanyi Neeta Manishaa yang juga naib juara program sama sebelum ini ada meluahkan rasa sedih apabila Hanie disingkirkan daripada program realiti nyanyian berkenaan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sakit ini tetap berasa bangga dengan usaha dan semangat yang ditonjolkan Hanie atau nama penuhnya Hanie Soraya Taha itu.

“Only great things from now on sumpah I love this bij so much im so proud of her and im sad for yall sebab yall tak sempat tgok hanie full force! Rezeki di luar lagi luas sis!,” tulisnya.

Difahamkan, kedua-dua penyanyi ini menjalinkan hubungan yang sangat rapat dan mesra.

Sementara itu, kesemua 12 peserta diberi cabaran dengan membawa tema ‘Hype Beat’ untuk konsert minggu ini.

Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria HD dan Astro Ria.

Foto: Instagram Neeta Manishaa

Published by
Nazar Rafiqhi