Pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim tampil menjelaskan kekeliruan berhubung artikel yang mendakwa dia mahu bersara dari dunia seni.
Penjelasan tersebut dikongsikan Rafidah menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram.
Menurutnya, khilaf biasa berlaku meski terkejut dengan perkara yang tersiar.
Dia bagaimanapun turut memohon maaf bersempena dengan kedatangan Syawal tahun ini.
“Khilaf itu bisa terjadi di mana-mana guys! Cuma masa baca artikel ni terkejut dan terfikir. Ada orang menyamar bagi statement ke?
“Saya sekadar nak ‘clearkan’ yang saya belum pernah bagi sebarang statement utk berundur dari industri, sekian terima kasih.
“Sempena bulan mulia dan Ramadhan bakal meninggalkan kita, saya mengambil kesempatan ini memohon kemaafan atas segala kekhilafan saya, suami serta keluarga.
“Agak-agak kalau search Rafidah Ibrahim dari Zimbabwe ada tak kat Google? #rafidahibrahim #ramadhan,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/hNmqkJiXUPc
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ratu Cantik Malaysia Tampil ‘Berkuda’ Di Pentas Miss Intercontinental 2024
Ratu Cantik Malaysia, Rieyka Lee, 28, tidak kalah gaya dalam pertandingan Miss Intercontinental 2024 apabila menampilkan kostum nasional yang cukup menarik untuk dipersembahkan dalam segmen tersebut.
Memilih tema Kuda Sembrani sebagai konsep utama rekaan, busana lengkap itu mengangkat kisah dari makhluk mitos kuda bersayap dikenali sebagai Kuda Sembrani yang dimiliki oleh Raja Suran.
Dalam perkongsian di laman Instagram, gadis dengan ketinggian 164cm ini menerangkan dengan lebih lanjut simbolik pemilihan makhluk mitos itu sebagai kostum nasional.
“Cerita dongeng Kuda Sembrani mengajar kita pelajaran yang tidak ternilai, terutamanya bagi wanita yang melayari landskap digital hari ini.
BACA JUGA: Wakil Denmark Dinobat Sebagai Miss Universe 2024. Nigeria Di Kedudukan Naib Juara
“Ia menggalakkan kita untuk menerima keunikan kita, memanfaatkan kekuatan kita, dan mengejar impian kita tanpa rasa takut, mengingatkan kita bahawa kita mampu mencapai kehebatan dengan hak kita sendiri,” kongsinya akan simbolik kostum yang digayakan.
Tambahnya lagi, kostum tersebut juga menjadi perlambangan kepada kekuatan dan keberanian dan menjadi inspirasi untuk menghadapi cabaran dengan semangat yang tak kenal lelah.
Kostum nasional ini menyerlahkan rona putih secara keseluruhan dan dihiasi dengan perhiasan rona emas bersepuh yang menaikkan lagi seri keseluruhan rekaan.
Pertandingan ratu cantik Miss Intercontinental 2024 kini sedang berlangsung di Sharm El Sheikh, Mesir. Menampilkan lebih 60 peserta, masing-masing berjuang hebat untuk memenangi gelaran tersebut sekaligus membanggakan negara yang diwakili.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Mudah Puas Hati & Pandang Rupa Semata,” – Wanita Sekarang Takut Nak Kahwin? Ini Pesan Nur Fazura
Pelakon terkenal, Nur Fazura akui banyak mendengar kisah mengenai luahan para isteri yang tidak bahagia dengan perkahwinan mereka.
Menurut Fazura, situasi itu bukan sahaja dapat dilihat di media sosial tapi ia juga berlaku dalam kalangan rakan-rakannya.
“Kalau melihat pada keadaan sekarang, banyak isu melibatkan pasangan suami isteri diperkatakan di media sosial.
“Kadang-kadang, saya ada juga terbaca yang banyak isteri merana dengan perkahwinan.
“Ramai yang tak bahagia. Malah, rakan-rakan saya sendiri sama ada artis atau bukan artis, hampir 80 peratus sedang hadapi dugaan dalam perkahwinan mereka,” katanya kepada MH.
Lantaran itu, pelakon drama Lelaki Itu turut menasihati para wanita untuk tidak mudah berpuasa hati dan harus mengenal hati budi para suami terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Saya pun tak pandai sangat nak memberikan nasihat. Namun, buat mereka yang mempunyai rasa takut untuk berumah tangga, banyakkan berdoa.
“Jangan mudah berpuas hati dan pandang rupa semata-mata. Mungkin sekarang kita cari yang tampan sahaja tapi itu tak cukup.
“Kenal hati budi dan latar belakang bakal suami itu lama sedikit. Pastikan dia mampu jalankan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
“Semoga bakal suami boleh menghormati keluarga kita. Ambillah masa anda,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Fazura turut mengingatkan para suami untuk menilai semula tahap kemampuan dan berlaku adil sekiranya berhasrat untuk berpoligami.
“Bila bercakap mengenai poligami atau ‘penyondol’ kita hanya akan nampak perkara jahat sahaja atau mereka tiada hak langsung terhadap suami.
“Sebenarnya, di dalam Islam, tidak kisahlah sama ada isteri kedua, ketiga atau keempat, mereka ada hak masing-masing yang sama rata.
“Sebab itu bila suami nak berpoligami, pastikan anda mampu. Nak kahwin pun kena mampu juga. Kalau tak mampu janganlah kahwin. Nanti tak terjalan tanggungjawab dan merana isteri nanti,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Istiqamah Bertudung Selepas Tunai Haji & Miliki Anak Angkat Bernama Musa, Ini 10 Trivia Mengenai Mizz Nina
Ramai yang memberikan reaksi sejurus pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina mengumumkan mereka kini sudah membawa haluan masing-masing, pada Khamis.
Malah, nama bekas penyanyi, usahawan dan aktivis kemanusiaan ini juga turut dikatakan telah trending di kebanyakkan platform media sosial.
Kami bariskan beberapa trivia menarik mengenai Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman.
Dilahirkan pada 1 Julai 1980, Mizz Nina ialah anak kepada Pengerusi Emeritus/Penasihat Kehormat AMMB Holdings Bhd (AmBank Group), Tan Sri Azman Hashim.
Pada tahun 1997, Mizz Nina menganggotai kumpulan hip hop, First Borne Troopz yang kemudiannya dikenali sebagai Teh Tarik Crew (TTC). Selain Nina, TTC turut menampilkan tiga ahli lain iaitu Altimet, Dj Fuzz dan Fiquetional.
Setelah berjaya melancarkan tiga buah album, TTC kemudian dibubarkan pada 2009 selepas kesemua ahli kumpulan memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.
Tidak terhenti di situ, Mizz Nina meneruskan kerjaya nyanyiannya secara solo dan melancarkan album pertama pada tahun 2010, berjudul What You Waiting For.
Dalam album tersebut, Mizz Nina berkolaborasi bersama tiga orang penyanyi antarabangsa seperti Theo Martins menerusi lagu “Let Me C U Get It”, Colby O’ Donis (What You Waiting For) dan Planet Asia (Hope).
Setelah kejayaan album tersebut, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini juga terus mencipta sensasi apabila turut berkerjasama dengan penyanyi rap Amerika, Flo Rida dan menerusi lagu Takeover dan turut mengeluarkan single, Around The World menampilkan superstar Korea-Amerika, Jay Park.
Mizz Nina juga turut pernah menghasilkan jenama fesyennya sendiri, Mizz Demeanor.
Pada 2013, perubahan Mizz Nina nyata telah mengejutkan ramai pihak setelah dia memutuskan untuk berhijab sepenuhnya selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah.
Sejak daripada itu, Mizz Nina tidak mahu lagi digelar sebagai penyanyi meski terdapat permintaan untuknya menyanyikan lagu berentak kerohanian.
Dalam pada itu, Mizz Nina turut memaklumkan dia dan bekas suami pernah sedaya upaya meminta video-video lamanya ketika menjadi penyanyi dipadam di internet.
Sepanjang penghijrahannya itu, Mizz Nina turut aktif dalam aktiviti dakwah seperti melancarkan aplikasi Qalby Apps dan turut menyertai misi-misi kemanusiaan di bumi bergolak.
Terdahulu, Mizz Nina telah mendirikan rumahtangga pada 2 Julai 2011.
Setelah 11 tahun berkahwin, pasangan ini memutuskan untuk mengambil anak angkat yang diberi nama Musa selepas usaha untuk menjalani prosedur rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) tidak berhasil.
Semalam, Mizz Nina dan Noh mengumumkan mereka kini telah bercerai dan bakal membawa haluan masing-masing.
Apapun, kami di MH tetap mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina dan Noh. Kami percaya setiap yang berlaku itu pasti punyai hikmahnya yang tersendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Mizz Nina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI