Vokalis kumpulan rock popular era 90-an, Ayie Leon telah melancarkan single terbaharu berjudul Damaikan Jiwa setelah sekian lama menyepi.
Menurut Ayie atau Nazrimi Md Ali, 48, kemunculan semulanya di persada seni muzik tempatan memandangkan dirinya kini kembali bujang.
“Ya, saya sekarang ini dah menduda. Saya bercerai kira-kira dua tahun lalu dek masalah kewangan yang melanda.
“Saya memang bergantung sepenuhnya dengan karier nyanyian dan sepanjang pandemik lalu, saya kehilangan pendapatan.
“Disebabkan itu, saya dan isteri ambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing dengan perceraian,” katanya.
Mendirikan rumah tangga dengan Zulisa Zulkifli, 46, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak, Putri Nazlisabella yang berusia 16 tahun.
Berkongsi mengenai single berkenaan, Damaikan Jiwa yang dicipta olehnya dan vokalis itu menyifatkan lagu tersebut adalah luahan hati sementelah gagal menjadi untuk menjadi suami terbaik.
“Saya meluahkan segala rasa kecewa menerusi bait-bait lirik dalam lagu ini akibat kegagalan yang dialami.
“Sebagai seorang suami dan juga ayah, saya tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya diri sendiri,” ujarnya lagi.
Tambah Ayie, dia juga dalam perancangan solo untuk menghasilkan lebih banyak lagu bergenre rock kapak selepas ini.
Menerusi lagu tersebut juga, suara anak tunggalnya yang dikenali sebagai Putri turut diperdengarkan kepada peminat tidak lama lagi apabila anak-beranak itu bakal muncul dalam lagu duet pertama mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI