Memandangkan hari ini adalah Hari Wanita Sedunia, MH telah sempat menemubual pelakon Datuk Hans Isaac ketika berada di Gala Night Miss Universe Malaysia 2019 yang berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur malam semalam.
Menariknya, Hans telah berkongsi pendapat dan pandangan mengenai wanita sempena Hari Wanita Sedunia.
“Saya rasa saya tak nak dalam dunia ni kalau tak ada wanita sebab kalau tak ada wanita dalam hidup dunia ini, saya tidak ada…saya tiada dalam dunia ni..”
“Hidup saya selalu dikelilingi oleh wanita seperti mak saya, adik saya atau teman hidup saya dan juga perkerja-perkerja saya dalam industri pun kebanyakan wanita..” katanya.
Tambahan lagi, bila bercakap soal wanita Hans selalu mengingat kembali kata-kata ibunya yang sentiasa memberi nasihat kepada pelakon yang berusia 47 tahun itu.
“Saya selalu ingat kembali kepada ibu saya dimana selalu kata-katanya adalah always respect your eldest atau mak, atau parents..” luah rindu Hans.
Disamping itu, Hans atau nama sebenar Gerald Hans Isaac juga telah memberi nasihat yang bermanfaat kepada semua kaum lelaki diluar sana.
“Bagi saya wanita ini is the most important thing around is, saya hormati mereka sebaik yang saya boleh..sebab kadang-kadang kita lupa, sebagai lelaki kita lupa recognize apa kebaikan mereka dan kebolehan mereka..”
“Sebab bagi saya, kepada lelaki jangan lupa appreciate mereka 100%..and thank them all time..”katanya.
Lalu, Hans mengharapkan semua kaum lelaki diluar sana untuk lebih menghargai dan menyayangi kaum wanita sempena Hari Wanita Sedunia ini.
Terdahulu, ibunya Carmina Anciano Isaac meninggal dunia pada 2012 lalu akibat barah.