Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang usahawan yang dikatakan secara terbuka menyusukan anaknya ditempat awam.
Tindakan usahawan itu nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak.
Antara yang turut sama memberikan respon terhadap isu berkenaan termasuklah penyanyi, Liza Hanim.
Menurut Liza, tidak salah untuk para ibu menyusukan anak mereka dimana-mana sahaja namun, pada masa sama, mereka juga haruslah menjaga adab dan kehormatan sebagai seorang wanita Muslim.
Katanya lagi, dia juga pernah melakukan perkara yang sama tetapi soal penjagaan aurat tetap diberikan keutamaan.
“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak dikhalayak ramai dan ambil gambar.
“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya sepenuhnya, saya menyokong usahawan ini di dalam perjalanan menyusu badannya.
Ads
“Namun, sebagai seorang saudara di dalam Islam, saya memohon, tolonglah menjaga adab ketika breastfeeding in public. Saya sendiri breastfeed anak saya di mana-mana sahaja.
“Malah, pernah di tepi jalan di Kota Seoul dan ya saya merakam gambar juga. Tetapi kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Siapa Sangka Siapa Menduga itu menerusi sebuah hantaran yangdimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Liza turut menyifatkan teguranya itu bukan sahaja untuk memberi peringatan kepada orang laain tetapi buat dirinya juga.
Ads
“Ini bukan masalah saya berhijab atau dia free hair. Either way, jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.
“Allahuakbar, sedangkan kita menutup dengan sesungguhnya ketika breastfeeding pun dipandang serong, apatah lagi di dalam keadaan yang saya lihat usahawan itu.
“Jaga kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. InsyaAllah berkat usaha kita. Murah rezeki kita. Saya bersuara untuk mengingatkan diri saya sendiri juga,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
“Moga Allah beri dia hidayah. Sedih tengok. Ibarat menjatuhkan taraf seorang wanita dan ibu.
Ads
“Terbaik 100% setuju.
“Kita doa moga allah beri hidayah amin amin.
“Semoga sipelaku diberi hidayah. Aamiin. Terima kasih atas teguran,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sehingga kini, entri berkenaan telah pun meraih lebih 6,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rakyat Malaysia hari ini diserikan dengan kemenangan pemain beregu wanita negara, Pearly Tan & M Thinaah yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Badminton Olimpik 2024.
Kemenangan itu menjadikan duo tersebut sebagai pemain beregu wanita pertama negara yang berjaya masuk peringkat separuh akhir selepas acara itu mula diperkenalkan pada Olimpik 1992.
Dalam saingan suku akhir menentang beregu Korea Selatan, Kim So Yeong dan Kong Hee Yong, Pearly Tan dan M Thinaah yang berada di kedudukan ke-13 dalam ranking dunia hanya memerlukan masa hanya 42 minit dengan straight set 21-12, 21-13.
Imbas kembali, dalam edisi Olimpik 2020, beregu Korea Selatan itu merupakan penyandang pingat gangsa dan ketika ini berada di kedudukan ke-10 ranking dunia.
Esok, Pearly Tan dan M Thinaah akan berdepan dengan beregu nombor satu dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan yang sebelum ini terlebih dahulu mengalahkan beregu Bulgarian, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva di peringkat suku akhir.
Sekiranya duo tersebut berjaya esok, mereka dalam perjuangan untuk memburu emas Olimpik pertama negara. Manakala jika gagal mereka masih lagi berjuang untuk merebut pingat gangsa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga, namun penyanyi Shila Amzah tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baharu.
Namun begitu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 32, berkata dia akan lebih berhati-hati memilih pasangan hidup selepas ini.
“Saya tidak serik kerana masih ada cinta untuk diberikan kepada yang selayaknya. Cuma saya tidak tahu bagaimana jodoh saya pada masa hadapan.
“Cuma saya akan lebih berhati-hati kerana saya bukan sendiri, tetapi ada anak bersama saya,” katanya.
Ibu kepada Seth Uwais ini juga berkata anaknya merupakan sumber kekuatannya untuk terus melangkah dalam menjalani kehidupan seharian.
Walaupun Seth masih belum memahami apa yang berlaku, namun Shila cuba menerapkan suasana positif agar tidak menganggu perkembangan anaknya yang semakin membesar.
“Sebagai ibu, menjadi tanggungjawab saya untuk mewujudkan suasana yang positif. Walaupun anak saya belum memahami apa yang berlaku, saya mahu dia rasa semuanya masih sama.
“Saya bersyukur kerana dia melalui situasi ini (penceraian Shila) pada usia sekarang. Walaupun mungkin Seth akan bertanya juga suatu hari nanti, saya sudah lebih bersedia menjawabnya.
“Tidak dinafikan ada orang takut untuk melalui situasi sebegini (menjadi ibu tunggal), tetapi untuk saya, saya lebih kuat bila nampak wajah anak.
“Jadi saya akan cuba sorokkan apa sahaja perkara negatif atau kesedihan saya. Dahulu saya banyak mengutamakan orang lain, tetapi kini saya belajar untuk mengutamakan diri saya sendiri.
“Mungkin ada yang melihat saya mementingkan diri sendiri. Tetapi pada saya, untuk menjadi ibu yang terbaik, saya perlu utamakan diri dan jaga diri sendiri dulu,” katanya lagi.
Penyanyi lagu Patah Seribu ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai pada 8 Februari tahun ini.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ernie Zakri mengakui berasa amat bersyukur apabila diberikan kesempatan Untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 bersama suami tercinta yang juga merupakan penyanyi, Syamel.
Jelas Ernie, meskipun hari istimewa itu disambut tanpa keluarga di sisi, namun, dia tetap gembira kerana apa yang telah dilakukan oleh suamninya itu sudah cukup bermakna buat dirinya.
“Salam 29 all! Syukur alhamdulillah, diberi kesempatan sambut ulangtahun pertama kali with my husband.
“Walaupun sedih tak dapat sambut dengan family, tapi Bang Mel comel buat kita tak rasa sedih,” tulisnya.
Bersempena tarikh keramat tersebut, Ernie turut memanjatkan doa semoga dia dan keluarganya dirahmati Allah selalu.
Malah penyanyi lagi, Ku Bersuara ini turut menyifatkan kehadiran Syamel ke dalam hidup ibarat hadiah yang baling indah buat dirinya.
“Ya Allah, semoga di usia 29 ini, kau limpahkan segala kebaikan dan keberkatan Mu di dunia & akhirat. Berikan kami kesihatan dan tubuh badan yang baik, untuk kami berbakti kepada orang tua kami dan kerjaya kami.
“Terima kasih kerana meminjamkan insan yang paling istimewa untuk ku Ya Allah. My precious gift ever, alhamdulillah.
“Apa? Tahun depan 30? Ala nombor je tu. Inshallah moga diberi kesempatan mencecah 30 an, aamin,” jelasnya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ernie menerusi entri terkini yang dimuat naik di lmam Instagram miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menitipkan ucapan hari lahir selain turut mendoakan semoga Ernie dan Syamel akan kekal bahagia hingga ke jannah.
“So sweet! Tahniah Bang Mel buat Kak Ninie nangis lagi. Bang Mel tak pernah fail lah buat Kak Ninie nangis. Sweet sangat. Happy 29 Kak Ninie.
“Happy birthday Kak Ninie. Semoga dimurahkan rezeki Kak Ninie dan Bang Mel dan sihat selalu. And the important is semoga cepat dapat baby.
“Happy birthday Ernie Zakri. Semoga diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Bahagia selalu dengan Bang Mel. Semoga dikurniakan anak-anak yang comel dan solehah. Amin,” antara ucapan yang dititipkan netizen di ruangan komen.
Sekadar informasi, Ernie dan Syamel baru sahaja mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 26 Mac yang lalu.
Sumber: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!