Penyanyi dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan dia pernah mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan depresi selepas melahirkan anak pertama, sekitar dua tahun yang lalu.

Sarimah berkata, dia tidak pernah menyedari bahawa dirinya sebagai salah seorang penghidap masalah berkenaan sehinggalah tampil untuk mendapatkan sesi khidmat nasihat daripada pakar, sebelum ini.

“Saya Sentiasa Menggeletar Sampai Tak Boleh Tidur, Tiada Selera Makan,” – Selepas Bersalin, CP Sarimah Ibrahim Buka Cerita “Saya Sentiasa Menggeletar Sampai Tak Boleh Tidur, Tiada Selera Makan,” – Selepas Bersalin, CP Sarimah Ibrahim Buka Cerita

Setelah disahkan menghidap penyakit tersebut, bintang berusia 43 tahun ini mengakui, dia perlu menjalani rawatan kaunseling serta pengambilan ubat yang telah disarankan oleh pakar psikologi bagi proses pemulihan.

“Saya pernah mengalami kemurungan selepas bersalin pada 2 tahun yang lepas, tapi dengan rawatan yang saya terima baru dapat tahu rupanya selama ini saya juga adalah penghidap penyakit kemurungan dan depresi bertahun-tahun.

“Jadi, mungkin kita tidak tahu dan itulah masalahnya. Apabila kita tidak tahu lalu beranggapan itu adalah personaliti diri kita,” katanya.

“Saya Sentiasa Menggeletar Sampai Tak Boleh Tidur, Tiada Selera Makan,” – Selepas Bersalin, CP Sarimah Ibrahim Buka Cerita “Saya Sentiasa Menggeletar Sampai Tak Boleh Tidur, Tiada Selera Makan,” – Selepas Bersalin, CP Sarimah Ibrahim Buka Cerita

Ads

Kini, Sarimah bersyukur kerana berjaya menangani masalah tersebut seterusnya menjalani gaya hidup yang lebih baik.

“Akan tetapi berdasarkan latar belakang psikologi saya, Alhamdulillah saya dapat menanganinya dengan mencari bantuan daripada pakar sewaktu melalui masalah depresi berkenaan.

“Jujurnya, sebelum ini ada ketikanya saya menggeletar sampai tidak boleh tidur, tiada selera makan, tak boleh pegang bayi. Malah, pada ketika itu saya rasa seolah-olah macam hilang harapan.

“Selepas itu saya terfikir mungkin saya sudah ‘hilang akal’ secara tiba-tiba.

Ads

“Kemudian, saya berjumpa dengan doktor dan mereka banyak membantu. Keadaan saya yang sebelum ini menggeletar, menangis dan sebagainya. Jadi doktor menyarankan untuk mendapatkan rawatan kaunseling serta mengambil ubat-ubatan.

“Pada masa sama, saya ada juga berjumpa dengan ustaz beberapa kali dan menyatakan ini merupakan salah satu ujian hidup berbentuk rohani daripada Tuhan untuk diri kita sebenarnya,” katanya lagi.

“Saya Sentiasa Menggeletar Sampai Tak Boleh Tidur, Tiada Selera Makan,” – Selepas Bersalin, CP Sarimah Ibrahim Buka Cerita“Saya Sentiasa Menggeletar Sampai Tak Boleh Tidur, Tiada Selera Makan,” – Selepas Bersalin, CP Sarimah Ibrahim Buka Cerita

Ads

Sarimah berkongsi ceritanya bersempena dengan Kempen Kesedaran Hari Bunuh Diri 2021, dan dia bersama penyanyi, Damian Milhail turut tampil dengan sebuah lagu baharu bertajuk ‘Harapan’.

Ia sebagai pemangkin untuk mereka yang sedang bergelut dengan permasalahan emosi agar tidak berputus asa.

Sarimah sinonim sebagai antara selebriti yang tampil memperjuangan isu berkaitan kesihatan mental dan seboleh mungkin tidak pernah berhenti membantu memberi kefahaman kepada masyarakat serta menghapuskan stigma kesihatan mental.

Untuk rekod, Sarimah bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

Pasangan ini dikurniakan puteri sulung, Tunku Sofia Najihah yang dilahirkan pada 19 Julai 2019.

Foto: Instagram Sarimah Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI