Lebih 25 tahun bergelar bapa tunggal, hos terkenal, Datuk Aznil Nawawi mendedahkan dirinya kini sudah terbiasa dengan situasi berkenaan.
Malah saban tahun melalui fasa hidup solo tanpa insan bernama isteri di sisi, pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu tidak menjadikan soal jodoh sebagai keutamaan untuk dipertimbangkan.
Baginya yang mesra disapa Pak Nil, apa yang lebih utama ketika ini ialah untuk meneruskan kehidupan dan survival yang dimulakan sejak lebih tiga dekad lalu dengan meletakkan kerja seni dan tanggungjawabnya kepada masyarakat.
Bintang yang bakal mencecah usia 60 tahun pada November depan itu juga memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga anaknya, Fildza Haifa, Fariq Haizen dan Firdaus Hariz.
“Anak saya pun tak pernah tanya fasal jodoh. Mereka pun tahu dan selalu nampak papa (diri saya) asyik sibuk tak habis-habis. Anak sulung saya sendiri pun jenis wanita bekerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan.
“Namun hubungan mereka dengan mama (bekas isteri) terus terjalin baik biarpun tinggal dengan saya,” katanya.
Kata penyanyi lagu Apo itu lagi, dalam mendidik anak, dia juga menggunakan pendekatan sama seperti ibu bapa lain.
“Saya didik mereka untuk hormat orang tua. Saya juga ajar mereka untuk sentiasa kena pandai buat keputusan sendiri dengan betul.
“Saya dan mereka pun hidup dalam era yang berbeza. Ada benda yang mereka tempuhi, saya tidak lalui. Begitulah sebaliknya.
“Paling utama dalam setiap langkah mereka, saya selalu ingatkan untuk fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan atau bertindak,” katanya.
Sementara itu, Pak Nil yang telah dilantik sebagai duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, sejak Mei tahun lalu akui berbesar hati apabila diberi kepercayaan untuk menjadi wajah wakilan tersebut selama dua tahun.
Malah bagi selebriti yang aktif dengan kerja kebajikan itu lagi, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar ‘melobi’, tetapi meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu.
“Saya sedar penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu memberi kesan kepada ramai orang. Ia termasuk dalam aspek perbelanjaan ekonomi.
“Oleh itu, saya berbincang dengan Nakada untuk mengadakan sesi belian harga istimewa. Permintaan itu dipersetujui mereka dan sekali gus membolehkan orang ramai memiliki barangan jenama itu dengan harga runtuh.
“Setiap minggu saya akan buat satu jam sesi siaran langsung di media sosial. Dalam tempoh itu, belian harga duta membolehkan pengikut media sosial membeli barangan jenama itu dengan potongan harga sehingga 70 peratus.
“Jika di Malaysia, saya menjadi pilihan mereka. Namun di pasaran Hong Kong, posisi duta dibawa selebriti Kiki Sheung sejak lebih 10 tahun lalu. Kebetulan ketika saya mencari butiran mengenai dirinya (Kiki), kami sebaya iaitu 59 tahun.
“Ternyata jenama ini lebih memilih artis senior berbanding budak baru nak ‘up’. Pengalaman itu lebih mahal nilainya. Saya juga anggap ini rezeki di era pandemik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya selamat menimang cahaya mata keempat minggu lepas hasil perkongsian dengan isterinya, Nur Anati Ismail.
Genap 7 hari, Fedtri telah mengumumkannama bayinya itu di akaun Instagram.
“Perkenalkan Putera Hamba.. Ahmad Firaas Mevlana Bin Ahmad Fedtri (Ketajaman akal fikir pujangga terbilang nan terpuji).. Inspired by Mevlana Jalaluddin Al Rumi,”tulisnya.
Lalu, pengikut di laman sosial itu terpesona dengan nama unik bayi comel itu.
Untuk rekod, Fedtri dan Nurul Anati berkahwin pada Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2.
Foto : IG Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Lufya Omar berpendapat setiap orang berhak untuk berasa dihargai dan disayangi orang lain.
Menurut Lufya, setiap ujian dan cabaran yang berlaku dalam hidup menjadi satu pengajaran yang terbaik dalam kehidupan.
“Life is hurtful, messed up & gets complicated at the worst of times.
“Sometimes the things that hurt us are the things that make us more stronger and wiser. Be the better version of u!
“Dalam hidup ini tak semuanya indah seperti yang diceritakan dalam buku cerita dongeng yang selalu dibacakan oleh ibu dan ayah kita yang melayan kita seperti bidadari.
“Masa kita kecil ibu bapa melayan, menjaga dan membesarkan kita bagaikan seorang puteri.
“Segala kemahuan ibu dan ayah usahakan walaupun kadang2 tak tertanggung oleh mereka sendiri.
“Kesimpulannya di sini setiap insan berhak untuk dihargai dan disayangi seperti mana kami dibesarkan,” kongsinya.
Ibu tunggal beranak satu ini juga turut menasihati ramai agar menyayangi diri sendiri.
“Anda yang menentukan kebahagiaan anda sendiri. Lakarla kehidupan yang baik untuk diri sendiri.
“Kadang terlalu memikirkan orang lain, kita lupa untuk membahagiakan diri sendiri.
“Be wise, think wise and act wise. Love and respect yourself .Love,” tulisnya.
Terdahulu, Lufya dan bekas suami Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura, 2.
Bagaimanapun, pasangan ini telah berpisah pada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...