“Saya Seorang Isteri Yang Bertuah Kerana Memiliki Suami Penyayang,”- DP Eina Azman

Share

Semalam merupakan hari ulang tahun perkahwinan pelakon Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenar Ainur Syakina Azman bersama suaminya yang ke-5 tahun.

Pelakon berusia 23 tahun itu telah menitipkan kata-kata ucapan yang romatis buat suaminya.

“Happy 5th Anniversary to my beloved Husband @datopadukakaiser Ure a great husband n great daddy to @aubreykarl

“Im one lucky wife in this world who is blessed w such a loving, responsible n generous husband

“I thank Allah SWT everyday for having u in my life. Love you so much sayangku,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar mahligai cinta pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Eina Azman telah dilahirkan pada tanggal 15 Mac 1995 di Temerloh, Pahang.

Eina telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Hurden pada tahun 31 Ogos 2014 dan dikurniakan sepasang anak kembar.

Foto : Instagram Eina Azman

Published by
Nazar Rafiqhi