Hampir empat tahun tanpa single terbaru selepas Tanpa Rela, penyanyi Misha Omar kini muncul dengan naskhah terkini berjudul Masihkah Ada Rasa Itu pada awal Mac lalu.
Menerusi karya berkenaan, Misha kembali bekerjasama dengan komposer Sharon Paul yang pernah mencetus fenomena menerusi Sampai Bila, enam tahun lalu.
“Kesempurnaan sesebuah komposisi tidak semata-mata bergantung kepada kekuatan melodi dan lirik, malah penghayatan penyanyi turut memainkan peranan penting untuk membawa lagu tersebut terus ke depan.
“Sebagai penyanyi yang sudah lama berada dalam industri, peminat sedia maklum akan kekuatan dan kekurangan saya. Justeru, saya mencari sebuah karya yang dapat membantu dan pada masa sama, menyerlahkan lagi kekuatan serta kematangan saya.
“Sepanjang empat tahun itu, saya berusaha mencari di samping mengkaji keberagaman lagu pop yang dihasilkan penyanyi lain untuk disesuaikan selera peminat masa kini. Bertitik tolak dari situ terlahirnya Masihkah Ada Rasa Itu?,” katanya.
Sinonim dengan karya balada, Misha bersama Sharon dibantu Que Afiq sebagai penulis lirik dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokalnya.
Masihkah Ada Rasa Itu, jelas Misha tetap menuntut penghayatan emosi tersendiri, sekali gus memberinya cabaran baharu kerana perlu bijak mengimbangi permainan rasa ketika menyampaikan lagu tersebut.
Ads
“Misha Omar dikenali ramai sebagai penyanyi balada yang sarat emosi. Tetapi, Masihkah Ada Rasa Itu pula menuntut saya menjadi sebaliknya apabila memerlukan saya untuk ‘mengakali’ emosi tatkala menyampaikan lagu itu supaya tidak terlalu larut dalam perasaan.
“Lagu ini membawa pendengar terkenang perkara yang sudah berlalu, namun masih belum dilepaskan sepenuhnya. Saya bersyukur dengan bantuan Syafinaz, tuntutan lagu itu dapat saya sampaikan dengan baik,” katanya.
Akur ramai pasti mengharapkan kolaborasi terbarunya bersama Sharon itu mengulangi pencapaian cemerlang yang dilakar Sampai Bila, Misha bagaimanapun enggan dirinya dibebani harapan besar itu.
Ads
“Saya bukan seorang yang cerewet, malah tidak pernah sesekali memberi tekanan kepada Sharon untuk menghadirkan magis dalam ciptaannya. Saya realistik, malah sentiasa percaya, kejayaan sesebuah karya turut berkait rapat dengan rezeki.
“Apa yang dapat saya katakan, sentuhan Sharon mempunyai satu sisi yang dapat menyentuh hati sesiapa yang mendengar lagu ciptaannya. Sebagai komposer, Sharon sangat istimewa kerana mempunyai kelebihan itu,” katanya lagi.
Bintang asal Kelantan ini juga berterima kasih kepada Sharon dan Syafinaz sepanjang proses rakaman lagu tersebut.
Ads
“Saya seperti berada dalam dewan peperiksaan penting kerana proses merakamkan lagu baharu membentangkan pengalaman dan perjalanan berbeza untuk setiap penyanyi.
“Sharon dan Syafinaz banyak membantu mententeramkan perasaan saya sepanjang proses rakaman berlangsung. Sebagai komposer, Sharon begitu memahami dan sentiasa memberikan kata-kata semangat.
“Situasi itu mengingatkan saya supaya sentiasa berpijak di bumi nyata. Saya tidak pernah anggap diri sebagai yang terbaik. Malah, kekurangan yang ada mendesak saya supaya sentiasa memburu dan menggali ilmu untuk terus memperbaiki diri,” katanya.
Masihkah Ada Rasa Itu juga bakal menjadi lagu tema drama bersiri, Wanita Syurga lakonan Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana dan Nazim Othman yang akan menghiasi slot Akasia di TV3 sepanjang Ramadan ini.
Ia juga kini sudah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak terkenal, Abam Bocey menyifatkan pertemuannya bersama seorang pengguna media sosial yang mempertikaikan zuriat yang baru ditimangnya sudah pun selesai.
Malah, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga mengakui mereka sudah pun selesaikan masalah cara baik dan turut berharap netizen tidak lagi berbalah mengenai isu tersebut.
“Alhamdulillah, semuanya selesai dan kami sudah berbaik. Harap semua orang jangan marah-marah lagi,” katanya.
Memetik laporan Harian Metro lagi, Abam menjelaskan, pertemuannya dengan lelaki yang menulis komen berbaur penghinaan menerusi di Facebook, Jumaat lalu itu individu tersebut berusia dalam lingkungan 50-an hadir ke rumahnya bersama isteri.
Malah, dua anaknya turut sama menemani bapa mereka dari Kuala Berang, Terengganu, semalam.
“Untuk saya, sudah selesai. Orang datang cara baik ke rumah, kita sambutlah dengan baik juga. Alhamdulillah, syukur. Dia sanggup datang dari Kuala Berang untuk berjumpa saya.
“Saya doakan pakcik itu selamat kembali ke Terengganu. Di antara kami, sudah tak ada apa-apa lagi,” jelas Abam.
Sejak isu komen penghinaan ke atas Abam itu hangat diperkatakan sejak Jumaat, usaha telah dilakukan bagi menjejaki individu terbabit dan mahu berjumpa dengan pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Lau Kok Chan’ secara empat mata.
Foto: Instagram Abam/Syed Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani turut terpanggil untuk memberi pandangannya berhubung isu pergolakan rumah tangga melibatkan pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Dusuki, 47, menyatakan pendapatnya yang mana dia mengharapkan Sarah dapat menyelesaikan konflik rumah tangganya secara rasional selain penceraian bukanlah jalan terbaik untuk menamatkan segala kemelut tersebut.
“Rahmat Allah itu terlalu luas. Jalan damai pun terbuka luas selagi nyawa tidak sampai di halkum.
“Binalah kekeluargaan mukmin dgn kelapangan bukan dengan kesempitan, usah biarkan gangguan syaitan menganggu perasaan, jadilah kekeluargaan Rasulullah sebagai panduan dan ikutan.
“Usah dikuti perasaan dan kemahuan syaitan yang inginkan kekeluargaan mukmin hancur berantakan,” tulis Dusuki di ruangan kapsyen.
Pendapatnya itu kemudiannya mendapat respon balas daripada Sarah yang meninggalkan komen agar pendakwah tersebut bertemu sendiri dengan suaminya dan memberikan nasihat secara bersemuka terhadap Syamsul.
“Saya cadangkan ustaz berjumpa Mohd Shamsul dan nasihat dia supaya minta maaf dan jadi suami yang bertanggungjawab sebab masalah itu datang daripada dia.
“Orang keliling dia semua tidak tahulah nasihat benda yang betul ke tidak sampaikan jadi macam ini.
“Apa kata ustaz call atau mesej Mohd Shamsul sebab cakap mama dan papa dia pun dia tak dengar. Mana tahu ustaz boleh bantu,” tulis Sarah.
Kemelut antara Syamsul, 39, dan Sarah, 38, hangat diperkatakan selepas pengarah itu mengumumkan dia sah bergelar suami kepada Ira Kazar, 28, menerusi pendedahan yang dibuat di laman Instagram miliknya pada 6 Januari lalu.
Pasangan itu bernikah di Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu pelakon Kazar Saisi.
Susulan tidak rela hidup bermadu, Sarah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata dia akan memfailkan perceraian pada Isnin ini.
Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Remy Ishak ada memuat naik sebuah tweet menceritakan mengenai sambutan hari rayanya pada tahun ini.
Menurut Remy, dia masih mencuba untuk menerima kenyataan bahawa dirinya tidak akan dapat pulang ke kampung halaman pada tahun ini bagi mematuhi saranan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Masih cuba belajar untuk menerima kenyataan, tahun ni x boleh balik sambut Aidilfitri di Kampung. Yes i can do this 🥺
“Mana boleh broo Masjid Tanah sepi takde brooo balik brooo hahaha #teamrayamelaka,” selorohnya.
Pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu turut sempat berinteraksi bersama peminatnya memberi tahu suasana menyambut Aidil Fitri di Kuala Lumpur tidak sama rasanya seperti di kampung.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat selain turut mempelawa Remy untuk datang beraya ke rumah mereka di sekitar Kuala Lumpur.
Terhadulu, Remy ketika ini sibuk mempromosikan drama terbarunya Bukan Gadis Biasa yang kini sudah pun memasuki minggu akhir.
Sumber: Twitter Remy Ishak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...