Pempengaruh media sosial, Imran Bard, tampil memohon maaf susulan penularan sebuah video ‘konten’ membabitkan dirinya, baru-baru ini.

Imran mengakui kekhilafan terhadap sensitiviti budaya serta norma masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, pempengaruh dengan 2.9 juta pengikut di TikTok itu menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya menyokong atau cuba menormalisasikan pengaruh lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT).

“Saya Silap, Hasilkan Konten Ikut Rujukan Barat,” – Imran Bard Mohon Maaf, Nafi Cuba Normalisasikan LGBT

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kandungan yang Imran kongsikan baru-baru ini.

“Tuduhan bahawa saya menormalisasikan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat.

Ads

“Saya akui kesilapan kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan Barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu pada ketika itu,” tulisnya.

Permohonan maaf itu dikongsikan Imran menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di Instagram Stories.

Ambil Maklum Setiap Teguran

Jelas Imran lagi, dia kesal dengan segala tindakannya itu dan mengambil maklum setiap teguran yang diberikan.

Ads

“Saya Silap, Hasilkan Konten Ikut Rujukan Barat,” – Imran Bard Mohon Maaf, Nafi Cuba Normalisasikan LGBT

“Saya amat kesal jika perkara ini telah mengecewakan mana-mana pihak.

“Saya mengambil maklum setiap teguran yang diberikan dan akan berusaha untuk lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang.

Ads

“Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang diberikan,” katanya lagi.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Imran sedang memasak di sebuah dapur premis bersama seorang lelaki.

Bagaimanapun, video berkenaan mengundang reaksi kurang senang banyak pihak selepas terdapat adegan mesra seperti memeluk dari belakang dan berpegangan tangan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Imran Bard

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI