Pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz akhirnya mengakui hubungan cinta yang disemai bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Yasser Khan sudah putus.Meski tidak mendedahkan tarikh dirinya putus kasih, namun bintang itu mengakui ia terjadi tahun lalu selepas lebih enam tahun menyulam cinta bersama.
Menyifatkan ada yang berlaku adalah suatu hal yang personal untuk dikongsi, Azira bagaimanapun mengakui pada masa ini dia hanya mahu memikirkan soal kerjaya dan punca perpisahan juga bukanlah kerana orang ketiga.
“Mana tahu saya ada cinta baru? Tidak adalah…Saya single dan ‘available’, kalau ada jodoh tak ke mana. Cuma ya, saya baru saja putus cinta, dalam tempoh terdekat, tahun lalu. Mungkin tak ada jodoh.”Buat masa sekarang saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja dan kalau kami masih ada jodoh selepas ini, kita akan ke langkah seterusnya. Lagipun, kami putus bukan atas perasaan benci,” jelas Azira.Malah, dia turut memaklumkan keputusan yang diambil adalah demi kebaikan keduaya.”Tetapi ini atas persetujuan bersama, saya mahu fokus kepada kerjaya dan bukan kerana kurang memahami satu sama lain. Cuma mungkin saya dan dia mahukan perkara berbeza.
Ads
Ads
Ads
“Dia pun sangat menyokong dan memahami kerjaya saya, cuma mungkin masa tak menentukan untuk kami bersama. Masing-masing ada misi sendiri. Bukan sebab orang ketiga atau apa. Memang kami yang ambil jalan ini,” katanya lagi kepada MH. Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas kekasihnya kini, pelakon Seribu Rindu itu menjelaskan dia masih lagi baik dan berhubung dengan lelaki berkenaan.”Kami tidaklah bergaduh, masih juga berjumpa seperti biasa kalau berkelapangan. Baru-baru ini pun dia ada raikan hari jadi inu saya.
“Dia sudah rapat seperti keluarga,” kongsi Azira yang turut berbesar hati kerana De Fam dipilih menyanyikan lagu Bunga nyanyian asal Altimet di Anugerah Juara Lagu ke33, Februari depan.
Foto: Instagram Azira Shafinaz dan carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Program terbaru, Borak Kelamin ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus berkongsi tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ‘Borak Kelamin’ selaku hos bersama sepanjang 10 episod.
Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program ini mengetengahkan topik-topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.
Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khusus berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan ataupasangan secara terbuka dan profesional.
Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria menerusi kenyataan media berbesar hati membawakan program ini yang dilihat sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan
“Seperti yang kita tahu, hal berkaitan dengan ‘cerita dalam kain’ dalam sesebuah institusi perkahwinan adalah subjek tabu yang kurang dibicarakan secara terbuka terutamanya di kaca televisyen. Topik sebegini juga sering dielakkan untuk menjaga aib dan sensitiviti masyarakat.
Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, semakin ramai pasangan suami isteri yang mungkin sedang mengalami konflik dalaman gemar mengadu domba di media sosial. Sekiranya perkongsian tersebut dilihat daripada perspektif positif, mungkin respons yang diterima daripada netizen dapat membantu meredakan tekanan.
“Jika sebaliknya, ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan tanpa sebarang jalan penyelesaian. Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati membawakan program ‘Borak Kelamin’ sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan.
“Walaupun topik yang bakal diketengahkan agak panas dan boleh mengundang kontroversi, namun ia tidaklah keterlaluan dan masih sesuai dengan resam masyarakat Malaysia.
“Kami percaya tahap penerimaan penonton masa kini sudah semakin matang dan tahu menilai mesej di sebalik keseluruhan konteks kandungan yang ingin disampaikan,” katanya optimis.
Bersiaran selama 1 jam, Borak Kelamin ditayangkan secara eksklusif setiap Isnin, jam 9.00 malam sejak 1 Mac 2021 lalu di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Foto: Astro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar meluah rasa lega selepas dia berjaya mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya yang telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.
Menurut Misha, ini kali pertama dia berhadapan dengan situasi sedemikian.
“Alhamdulillah, akhirnya Kak Mitch dapat balik nama Misha Omar yang telah ditukar kepada nama H. A. Fadil beberapa hari yang lalu. Tidak pernah terfikir akan melalui pengalaman seperti itu,” tulisnya.
Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu menerusi hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Misha turut mengingatkan ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bila berhadapan dengan situasi serupa.
“Sesungguhnya hackers itu adalah benar. Kawan-kawan Kak Mitch semua, hati-hati ya. Ambil langkah berjaga-jaga. Semoga kalian terhindar dari perkara-perkara yang tidak baik seperti ini,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Misha turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah membantunya untuk mendapatkan kembali akaunnya itu.
“Terima kasih kepada tangan-tangan yang sangat baik hati menghulurkan pertolongan kepada Kak Mitch! Hanya Allah saja mampu membalasnya. You know who you are!,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Misha dijangka bakal membuat persembahan di Anugerah Meletop 2022 yang bakal berlangsung malam nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!