Susulan isu lambat menerima bayaran untuk beberapa buah program lawak terbitan sebuah stesen televisyen tempatan, pelakon dan pelawak, Atu Zero menzahirkan rasa syukur selepas mengetahui pembayaran kepada artis-artis lain telah pun dilunaskan.
Menurut Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, dia lantang menyurakan isu ini kerana mengenangkan nasib artis-artis lain yang jarang menerima tawaran bekerja.
“Alhamdulillah, saya dimaklumkan ramai pelakon-pelakon otai dan baharu sudah pun menerima bayaran selepas saya viralkan kisah tersebut. Ramai yang menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih
“Kata mereka, kalau saya tidak viralkan hal tersebut, mungkin mereka pun belum dapat bayaran. Saya bukan nak cakap yang saya ni berani dan mereka tidak tapi kita cerita fasal hak.
“Saya bukanlah tak kisah sangat mengenai duit tersebut tapi saya lebih kisahkan nasib rakan-rakan artis lain ini. Tawaran kerja mereka pun bukan selalunya ada. Siapa lagi nak tolong bersuara untuk mereka kalau bukan orang macam saya,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, anggota kumpulan lawak Zero ini agak terkilan selepas mengetahui hanya pembayaran bagi pihaknya sahaja yang masih belum dilunaskan.
Ads
“Kalau cerita nilai keseluruhan bagi tiga program yang saya buat, ada dalam RM30,000. Saya bukan nak buka aib sesiapa tapi ini kebenarannya.
“Kawan-kawan artis lain semuanya sudah dapat tapi cuma pembayaran saya seorang yang dibekukan. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan saya bersuara.
“Kali ini, kalau saya bersuara lagi soal duit, apa beza saya dengan pihak di sana? Saya akan pastikan saya terima wang tersebut walaupun lambat. Saya ini jenis orang yang akan bersuara sekali sahaja.
“Kemudian, saya tak mahu panjangkan lagi. Saya ini hanya ada SPM dan tahap pendidikan mereka jauh lebih tinggi. Takkan mereka tak boleh berfikir macam saya,” katanya lagi.
Ads
Atu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Malam Raya yang diadakan di GSC, NU Central, Kuala Lumpur pada Rabu.
Jelas Atu lagi, dia sendiri tidak tahu motif sebenar pihak stesen televisyen tersebut yang meminta dirinya untuk hadir ke pejabat sekiranya ingin menuntut bayaran.
“Selepas saya viralkan kisah ini pada 1 April lalu, mereka mahu membayar wang saya tapi mereka minta saya untuk datang ke pejabat. Kenapa pula begitu?
“Sedangkan sebelum ini semua pembayaran dibuat secara atas talian. Kalau betul nak bayar, bayar sahajalah. Tak perlu tahan-tahan.
Ads
“Mereka juga minta saya ke sana untuk buat permohonan maaf terbuka. Kenapa pula saya kena minta maaf?,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Atu turut menyifatkan tindakkan pihak stesen televisyen tersebut yang mengatakan dirinya seperti pepatah ‘anjing makan tuan’ sememangnya agak keterlaluan.
“Sebagai manusia, saya agak terkilan. Namun, kalau saya nak melenting pun, tida beza saya dengan mereka. Siaapa-siapa pun akan marah kalau dilabel sebegitu,” akhirinya.
Sebelum ini, Atu meluahkan rasa kecewa kerana pihak stesen televisyen berkenaan dikatakan telah kerap kali lewat membuat pembayaran daripada tarikh yang telah dijanjikan.
Lantaran itu, dia bertindak untuk menyuarakan isu ini di media sosial agar pembayaran dapat segera dilakukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“All the best di tempat baru… dekat je kalau nak singgah breakfast dengan kami.”
Itu komen ringkas yang ditinggalkan penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan terhadap foto yang dikongsikan rakan sekerjanya, Fizi Ali di laman Instagram miliknya.
Komen Suraya dikatakan seolah-olah memberikan bayangan Fizi bakal meninggalkan stesen radio tersebut dan memulakan khidmatnya di tempat yang baharu.
Terdahulu, Fizi memuat naik gambar bersama Suraya dan Ajak yang menjadi rakan gandingannya dalam Team Pagi Suria beserta kapsyen, “Kalian bukan sahabat aku, tapi keluarga aku.Terima kasih kalian berdua.”
Selain Suraya, seorang lagi penyampai Suria, Feeya Iskandar atau Cik Piah yang mengendalikan segmen Gaya Suria turut menitipkan komen agar Fizi tidak akan melupakan mereka.
“Fizi Ali, jangan lupakan kami,” tulis Cik Piah.
Sementara itu, bekas penyampai Suria yang kini bersiaran di stesen radio Gegar FM, Issey Fazlisham turut tidak ketinggalan mengucapkan maju jaya untuk langkah seterusnya buat Fizi.
“Fizi, kau best.Aku suka gila kerja dengan kau.Kau baik.Kau rajin.
“Apa pun kau buat lepas ni, aku tetap sokong kau. Terbang lebih tinggi.Aku tahu kau boleh terbang tinggi,” tulis Issey.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Fizi telah disunting stesen radio yang lain dan pengumuman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 33, mula bersiaran dengan Suria FM pada Julai 2016.Ketika itu, dia digandingkan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang yang menunjuk-nujuk, penyanyi dan usahawan Linda Rafar kali ini bertindak untuk terus memuat naik foto bersama insan tersayang.
Kongsinya, dia memuat naik beberapa keping foto bersama suami, Syed Aiman bagi menghargai pengorbanan dan jasanya sebagai seorang ketua keluarga.
“Linda susah nk post picture hubby takut org tak suka n ckp nk menunjuk2 tp bila pikir hidup ni sangat singkat dan kita tak tau caturan Allah.. samaada kita atau dia yg akan pergi dulu.
“Jadi mlm ni jom kita sama2 post pict org yg kita sayang.. insyaallah allah panjangkan umur kita dah hidup kita berkhati Allah SWT .. i love u papa @syedaiman75,” tulisnya.
Terdahulu, Linda terkesan dengan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa pagi akibat serangan jantung.
Malah, Linda turut merasakan kesedihan yang dialami Bunga Cintra Lestari apabila beberapa keping foto dan videonya mulai tersebar di media sosial.
Baginya, setiap pasangan perlu menghargai antara satu sama lain ketika hayatnya.
Pengarah, Razaisyam Rashid mengakui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang dilihat sengaja ingin mencetuskan kontroversi dengan menuduh penyanyi dan pelakon, Naim Daniel sebagai pengikut gerakan Illuminati.
Khabar angin tersebut tercetus selepas Naim dilihat telah mengalami kecederaan pada wajahnya dan mereka menyangka Naim baru sahaja melakukan ritual ‘soul scalping’ bersama dajjal.
Ritual ini banyak dikaitkan dengan selebriti-selebriti luar negara sebelum ini.
Jelas Razaisyam, kecederaan yang dialami penyanyi lagu Sumpah itu sebenarnya berpunca kerana dia terjatuh sewaktu bermain papan selaju.
Katanya lagi, dia juga telah membawa Naim ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Benda paling bodoh aku dengar hari ni. Naim jatuh main skate depan mata aku dan aku sendiri yang hantar dia pi hospital. Then ada mangkuk kata dia masuk illuminati siap buat soul scalping dengan dajjal. Kelakar gila! pic.twitter.com/nF22sgRH0Z
“Benda paling bodoh aku dengar hari ni. Naim jatuh main skate depan mata aku dan aku sendiri yang hantar dia pi hospital.
“Then ada mangkuk kata dia masuk illuminati siap buat soul scalping dengan dajjal. Kelakar gila!,” tulisnya
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama bersiri, Projek: Anchor SPM itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.
Katanya lagi, tuduhan tersebut sememangnya amat kelakar dan tidak masuk akal.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan tuduhan tersebut selain turut mendoakan semoga kecederaan yang dialami oleh Naim tidak terlalu serius.
“Takde faedah obsessed kat teori kopikasi, illumaniam ni semua! Sia-sia! Baik istiqamah baca surah Al kahfi lepas Maghrib tiap-tiap hari, lagi bagus! Pesanan untuk semua dan diri sendiri.
“Rakyat Malaysia semua benda nak kaitkan dengan illuminati. Sampai lencana sekolah segi tiga pun dituduh agenda illuminati.
“Ini sebab kenapa tak semua orang layak guna media sosial,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sejak kebelakangan ini, Naim dilihat sering kali berkongsi aktiviti-aktivitinya sewaktu bermain papan selaju di Instagram.
Malah, baru-baru ini juga, Naim telah mengalami kecederaan di bahagian bahunya selepas terseliuh gara-gara terjatuh ketika bermain papan selaju.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Twitter & Instagram Razaisyam Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan isi rumah di Malaysia dengan mengumumkan kemasukan rasmi Prime Video ke dalam ekosistem hiburannya.Pelanggan kini boleh menikmati...