“Saya mengharapkan yang terbaik untuk dia.” Itu harapan kekasih kepada pelakon Ruhainies yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.E bersempena dengan ulang tahun kelahiran bintang itu yang ke-28.
Mendoakan kesejahteraan serta dilingkari kebahagiaan di dalam hidup, usahawan tersebut juga mendoakan Ruhainies berjaya dalam kerjaya seninya.
“Ini kali ketiga kami meraikan sambutan hari jadi bersama. Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja.
“Semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya, insyaAllah,” katanya kepada MH pada majlis sambutan hari jadi Ruhainies yang diadakan di Hotel W, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Bertemakan hijau dan putih, turut sama meraikan hari istimewa Ruhainies termasuk rakan terdekat serta peminat artis berkenaan.
Ditanya apakah pemberian yang diberikannya buat Ruhainies, Mr.E memberitahu dia ada mamberikan sebuah hadiah beg tangan mewah edisi terhad.
“Sebenarnya, saya memang tahu akan kegemarannya. Ruhainies sukakan beg tangan dan ini merupakan hadiah beg yang keenam buatnya.
“Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.
“Harganya tidak perlulah saya kongsikan… Cuma ya, harga beg tersebut dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mendapa tidak?
“Lagi pun saya memang suka berikan hadiah berupa edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies.
“Dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya,” jelasnya lagi.
Mengakui sudah bersedia untuk bergelar suami kepada pelakon Jejak Karmila itu, Mr.E sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Ruhanies, selepas kakaknya Risteena selamat mendirikan rumah tangga.
“Saya sudah bersedia menjadi suaminya sampai bila-bila. Hal tersebut juga sudah kami berbincang secara serius.
“InsyaAllah jika tiada aral melintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies.
“Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Apapun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doa-doakan ya,” akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI