Usahawan dan pempengaruh, Puteri Zarith mendedahkan dia masih lagi bergelar isteri kepada Dr Munzir Shkori meski mengakui sudah memfailkan perceraian sejak Mei lalu.
Menurut Puteri Zarith, dia tidak dapat berkongsi punca proses perceraian mereka belum selesai dan mengambil waktu yang panjang, buat masa ini.
“Macam mana nak cakap ya… saya sudah failkan, masih on going. Kami sudah tidak tinggal bersama, sebumbung. Cuma doakan yang terbaik untuk kami dan anak-anak kerana apa yang lebih penting sekarang ini adalah emosi mereka.
“Namun, saya masih bergelar isterinya kerana proses perceraian masih dalam perbicaraan di mahkamah.
“Tidak dinafikan anak-anak paling terkesan dengan apa yang berlaku. Mereka juga sangat bijak dan kalau saya cakap lebih nanti saya bimbang mereka akan dapat tahu.
“Saya tak kisah apa netizen nak cakap fasal keretakan rumah tangga saya walaupun macam-macam spekulasi muncul.
Ads
“Saya terima apa saja komen dengan hati terbuka asalkan anak-anak bersama saya selamanya,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis PZ Launch Party di Kuala Lumpur, pada Ahad.
Majlis sama turut diperkenalkan produk baharunya iaitu minuman bakar lemak, PZ The TehTarix yang sudah mulai djual sejurus pelancaran.
Ads
Puteri Zarith menambah, dia reda dengan ujian kerana percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
“Tidak dinafikan apabila masalah ini datang, ia hadir secara tiba-tiba dan di luar jangkaan saya. Tapi saya ambil ujian ini sebagai cabaran untuk teruskan hidup.
“Selama saya hidup selama 39 tahun ini saya boleh katakan saya belum lagi berdepan masalah yang besar. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehinggalah saya terdetik dalam hati ketika menunaikan umrah tahun lalu.
Ads
“Saya masih ingat lagi waktu itu saya berada di Masjid Nabawi dan terlintas dalam hati adakah Tuhan tidak menyayangi saya sebab selama ini saya selalu dengar Allah hadirkan ujian kepada hamba-Nya sebab Dia masih sayang.
“Tapi sebaliknya berlaku kepada saya sehinggalah saya balik ke Malaysia. Tak sangka ujian datang bertimpa-timpa. Walaupun dalam tangisan, saya tahu Allah masih sayangkan saya dan menerima apa yang berlaku ini dengan berlapang dada,”katanya lagi.
Terdahulu, Puteri mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori pada Mei lalu.
Puteri dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi antarabangsa terkenal, Ariana Grande sebelum ini pernah menjalin hubungan kekasih dengan penyanyi rap, Mac Miller sebelum kekasihnya itu meninggal dunia pada 7 September 2018.
Ariana Grande telah mengadakan konsert jelajah ‘The Sweetener Tour’ di beberapa bandar sekitar Amerika Syarikat bagi untuk mempromosikan album Arianna yang berjudul Sweetener dan Thank You, Next.
Terbaru, penyanyi yang terkenal dengan lagu Side To Side itu telah membuat persembahan konsert jelajah tersebut di bandar Pittsburgh.
Mengejutkan, apabila tular dilaman media sosial apabila peminat berkongsi satu rakaman video ketika konsert jelajah tersebut berlangsung di bandar Pittsburgh.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan Ariana sedang menangis ketika membuat persembahan di atas pentas sambil menyanyikan lagu berjudul Thank You, Next.
Menurut sumber NME, bandar Pittsburgh adalah merupakan kampung kepada Mac Miller yang telah membuatkan bekas kekasihnya itu tidak dapat menahan sebak ketika membuat persembahan tersebut.
Dalam pada itu, peminat turut berasa sedih dan terharu apabila melihat Ariana menyanyi dalam keadaan sebak dan menangis.
Untuk rekod, Ariana telah menjalinkan hubungan cinta bersama Mac Miller dari Ogos 2016 sehingga Mei 2018.
Menyedihkan, Mac Miller telah meninggal dunia pada 7 September 2018 akibat pengambilan dadah yang berlebihan.
Sumber : Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan bintang realiti terkenal ini. Sejak kemunculannya dalam dunia hiburan membintangi siri realiti Keeping Up with The Kardashian, populariti yang diterima bukan biasa-biasa. Dia bijak memanfaatkan populariti yang dimiliki dengan menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
Dari produk kecantikan sehinggalah produk fesyen, setiap satu perniagaannya menjadi. Dek kejayaannya mengaut keuntungan dalam bidang perniagaan, Kim Kardashian telah mengangkat dirinya menjadi status billionaire. Dalam tempoh tersebut dia juga telah berevolusi dalam cara berfesyen.
Kim dan siknya, Kylie. Kredit foto: Instagram Kim Kardashian
Kim dalam busana Met Gala. Kredit foto: Instagram Kim Kardashian
Siapa sahaja boleh melupakan gayanya di karpet merah Met Gala 2022 yang menjadi bualan ramai dengan penampilan tertutup secara keseluruhan. Setiap apa yang dipakai menjadi bualan ramai dan mencetus satu trend baharu.
Di atas pencapaiannya, ibu kepada empat cahaya mata ini telah di nobatkan sebagai penerima The Fashion Icon Award di acara People’s Choice Award yang berlangsung kelmarin. Menariknya, saat menerima anugerah tersebut wanita berusia 41 tahun ini berterima kasih kepada bekas suaminya, Kanye West.
“Kepada Kanye yang memperkenalkan saya kepada dunia fesyen. Saya jatuh cinta dengan fesyen dan saya sangat terinspirasi oleh orang ramai tetapi sekali lagi, ini seperti mimpi yang saya dapat bangun dan memakai pakaian yang menakjubkan ini dan mencuba perkara baru dan mengambil risiko,” ujarnya jujur.
Anugerah tersebut disampaikan oleh penerima anugerah tersebut tahun lalu, Tracee Ellis Ross. Saat menerima anugerah itu, Kim berkata, “Untuk menerima anugerah ini dari ikon fesyen sendiri, saya terasa sangat berbesar hati. Terima Kasih.”
Kredit foto: Instagram Kim Kardashian
Walaupun sudah berpisah, hubungan di antara Kim dan Kanye tetap baik. Mereka masih lagi menyokong kerjaya masing-masing dan saling memberi nasihat antara satu sama lain.
Baru-baru ini telah berlangsung pertandingan Miss Grand Malaysia 2024 yang menghimpunkan 12 finalis dalam merebut kejuaraan bagi mewakili negara ke pentas antarabangsa.
Ternyata tuah berpihak kepada gadis tinggi lampai, Melisha Lin yang menampilkan prestasi memberangsangkan sepanjang pertandingan diadakan.
Merupakan anak kacukan Cina-India, Melisha berjaya memenangi gelaran utama sekaligus membawa pulang sebentuk mahkota, selempang dan wang tunai bernilai RM12’000.
Selain itu, atas prestasi yang cemerlang, Melisha turut menggondol tujuh anugerah sampingan lain seperti Miss Eloquence, Miss Niang Jia, Miss Puravida, People’s Choice, Key Ng’s Preferred Choice, Miss OlyLife dan King King Ambassador.
Dalam satu hantaran di Instagramnya, Melisha meluahkan rasa syukur kerana di beri kepercayaan untuk menggalas gelaran sebagai Miss Grand Malaysia 2024.
“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya dan gembiranya saya apabila dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2024! Perjalanan ini adalah bukti indah tentang kekuatan ketekunan, semangat dan percaya pada diri sendiri.
“Saya tidak akan berada di sini tanpa kasih sayang dan sokongan yang tidak pernah pudar daripada keluarga, rakan-rakan, dan setiap seorang daripada anda yang percaya pada saya,” ujarnya.
Merupakan graduan dalam jurusan pemasaran, Melisha aktif sebagai hos kepada pelbagai acara berprestij. Selain itu dia juga mula berjinak dalam dunia lakonan menerusi filem pertamanya, Oppa, yang disiarkan pertengahan tahun ini.
Bukanlah asing dalam dunia ratu cantik, wanita berusia 26 tahun ini pernah bergelar Miss Supranational Malaysia 2022 dan meraih kedudukan top 24 di pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di Poland.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.