Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Memetik laporan Kosmo, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson mendakwa dirinya sudah sering kali dibelasah suaminya sendiri, Abdul Zackery Ghouse.
“Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan masalah kekerasan rumah tangga sejak sekian lama,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini turut mendedahkan insiden tersebut terjadi selepas dia mengajukan soalan dan mengesyaki kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Ads
“Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,” ujarnya lagi.
Difahamkan, Zahnita kini berada di Kuantan, Pahang dan sedang menanti peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan kes tersebut.
Ads
Sebelum ini, personaliti popular itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.
Dia turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula bergolak sejak penghujung tahun 2011.
Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.
Ads
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2005 itu dilurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.
Pagi tadi, Zahnita mengejutkan ramai pihak selepas berkongsi foto yang memaparkan keadaan matanya yang lebam.
Katanya lagi, disebabkan kejadian tersebut, dia terpaksa keluar daripada rumah lamanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zahnita & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Wan Norafizah Arifffin atau lebih dikenali sebagai Nora Ariffin memaklumkan ibu mertuanya telah meninggal dunia pada petang Rabu.
Berita sedih itu di kongsi penyanyi ini menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Di samping itu, bintang berusia 47 tahun ini turut mendoakan agar arwah ibu mertuanya ditempatkan bersama orang yang beriman.
“2 September 2020 Innalillahiwainna ilaihi rajiuunnn. Dukacita dimaklumkan.
“Ibu mentua tersayang saya Mami, Puan Nora Abdullah yg telah kembali kerahmatullah pagi tadi dengan tenang.
“Semoga mami ditempatkan bersama org beriman. Serta dapat bertemu dgn insan2 tersayang. Suami, anak & cucu tercinta. Arwah Baba, arwah Johan & arwah Alif. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Al- fatihah,” tulisnya.
Kisah mengenai motosikal yang dibeli pelawak dan penyampai radio, Shuib yang akhirnya diubah suai seakan-akan ‘motosikal berhias’ oleh isteri, Siti Sarah nyata mendapat reaksi pelbagai peminat.
Malah, rakan selebriti terutamanya Zizan Razak dan Fikry Ibrahim masing-masing ‘membahan’ rakan baiknya terhadap motosikal jenis Y15ZR (YSuku) yang telah ‘bertukar wajah’ itu hasil kreativiti si isteri.
Malah, Shuib Sepahtu berkongsi pengalaman apabila pertama kali melihat kenderaan dua roda itu selepas diubah suai.
“Tajuk filem: Asalkan kau bahagia, tempahan moto berhias dibuka sekarang,” tulisnya beberapa hari lalu menerusi Instagram.
Lalu sejurus kemudian, rakan pelawaknya itu termasuk Shuib saling ‘membahan’ antara satu sama lain dengan mengeluarkan kata-kata berbentuk sindiran terhadap kehidupan masing-masing hingga membuatkan netizen terhibur!
Sarah ketika dihubungi MH pula memberitahu, dia tidak kisah apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan suaminya. Bagi penyanyi Semakin itu, apa yang dilakukannya disifatkan sebagai ‘cantik dan wow’
“Cantiklah sikit nampak motosikal tu, kalau tak nampak macam biasa seperti yang diperkatakan rakan-rakannya. Biarlah orang nak cakap apapun.
“Malah yang suka nak kritik-kritik tu, mereka geng Arnab. Mereka terpengaruh dengan Zizan. Tunggu ajelah motosikal tu siap, nanti diam la mulut mereka,” katanya.
Penyanyi Siti Sarah terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Menurut pengurusnya, Nana Mohamad Rom, Sarah yang sarat hamil 7 bulan sepatutnya memotong gelang kuarantin hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Petang tadi kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans.
“Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya mulai menurun,” katanya.
Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaharu di Instaram miliknya turut memohon ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.
“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Reen Rahim mencuri perhatian apabila hadir seorang diri ke sebuah majlis rumah terbuka, mencetuskan pelbagai persoalan mengenai keberadaan suaminya, Hazim Zainal.