Hiburan

“Saya Sudah Lama Berdepan Masalah Keganasan Rumah Tangga,”- Gara-Gara Tanya Fasal Orang Ketiga, Zahnita Wilson Dakwa Dipukul Suami?

Share

Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Memetik laporan Kosmo, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson mendakwa dirinya sudah sering kali dibelasah suaminya sendiri, Abdul Zackery Ghouse.

“Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan masalah kekerasan rumah tangga sejak sekian lama,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini turut mendedahkan insiden tersebut terjadi selepas dia mengajukan soalan dan mengesyaki kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

“Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Zahnita kini berada di Kuantan, Pahang dan sedang menanti peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan kes tersebut.

Sebelum ini, personaliti popular itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.

Dia turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula bergolak sejak penghujung tahun 2011.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2005 itu dilurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.

Pagi tadi, Zahnita mengejutkan ramai pihak selepas berkongsi foto yang memaparkan keadaan matanya yang lebam.

Katanya lagi, disebabkan kejadian tersebut, dia terpaksa keluar daripada rumah lamanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Zahnita & Kosmo Online

Published by
Aizam Manaf