Pelakon Scha Elinnea mendedahkan setiap manusia pastinya mahu cuba belajar berubah, seterusnya menjadi individu yang lebih baik.
Lalu Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen,22, mulai memadam foto yang disifatkannya sebagai terlalu seksi di Instagram selain mengambil positif teguran yang diberikan warganet.
“Kita sebagai manusia boleh berubah. Saya tak nafikan ada warganet yang marah-marah di media sosial dan bercakap mengenai imej seksi saya sebelum ini.
“Selalunya, saya akan balas, doakan yang baik-baik. Alhamdulillah, saya kini sudah pun padam banyak gambar di Instagram.
“Teguran yang diterima lebih kepada membimbing dan bila orang tegur dengan cara baik, kita pun lembut hati untuk berubah ke arah kebaikan,” kata Scha.
Ads
Dia pada masa sama mengakui belajar untuk menerima teguran, lebih-lebih apabila mengenangkan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.
“Saya cuba menjadi orang yang lebih baik. Saya cuba dan tergerak hati untuk melakukannya,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Scha membintangi drama bersiri terbaharu, SiTik Tok yang akan mula bersiaran di TV3 hari ini, jam 10.00 malam
Mengisi slot terbaru Samarinda, Sitik Tok turut dibarisi pelakon seperti Nadia Aqilah, Niezam Zaidi, Nelissa Nizam dan ramai lagi.
Ads
Ditanya mengenai drama bersiri lakonannya itu, Scha akui rasa gementar menantikan respon daripada penonton.
“Sudah tentu saya rasa gementar memandangkan ini pertama kali saya mendukung watak sebagai heroin menerusi drama di TV3.
“Apapun, saya terima segala kritikan dan pujian dengan hati yang terbuka,” katanya.
Ads
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres popular, Maya Karin tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya selepas mengetahui isu kemalangan jalan raya yang melibatkan hidupan liar kerap kali berlaku.
Terbaru, seekor harimau dikatakan telah mati akibat dilanggar sebuah kereta.
Binatang liar berkenaan ditemui mati selepas dipercayai cuba menyeberangi jalan di sebuah lebuh raya.
Lalu, rasa kecewa itu telah diluahkan Maya menerusi sebuah entri di laman Twitter miliknya.
“Damn you cannot imagine my sadness. Sungguh patah hati,” tulis heroin filem Munafik 2 ini.
Malah, entri tersebut turut disertakan dengan gambar bangkai harimau yang terdampar di bahu jalan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati malah, menyifatkan perkara ini berlaku disebabkan pembangunan yang tidak terancang sehingga menjejaskan ekosistem dan habitat hidupan liar tersebut.
Maya antara selebriti yang lantang memperjuangkan isu hak asasi hidupan liar dan alam sekitar.
Minggu lalu, Maya secara terbuka mengkritik pihak tertentu tentang aktiviti pemburuan daging dan cengkerang penyu yang dilihat makin menjadi-jadi.
Sumber: Twitter Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Ia bukan tugas kami (tiada penyingkiran atau sebaliknya), kami pihak juri hanya ditugaskan untuk memberi markah.” Itu kata ketua juri program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Datuk Ramli MS ketika ditanya pendiriannya apabila tiada peserta yang tersingkir pada minggu kelima konsert yang bersiaran malam tadi.
Jelasnya lagi, setiap keputusan yang dibuat berkaitan hal berkenaan adalah terletak atas pihak Astro.
“Kalau kamu kata bersetuju untuk adanya penyingkiran, maknanya peserta yang menduduki ranking paling bawah akan terkeluarlah.
“Apa pun setiap keputusan sama ada ada penyingkiran atau sebaliknya adalah di bawah pihak Astro,” katanya selepas ditanya sama ada kesemua peserta minggu ini selayaknya diselamatkan minggu ini atau sebaliknya.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Mohd Kamal menjelaskan pihaknya memang sudah merancang untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran pada minggu kelima konsert.
“Memang sudah dirancang, tiada penyingkiran untuk konsert kelima. Kalau nak diikutkan, sekarang ada 10 peserta bertanding, ada minggu ‘yang lebih’ untuk siri konsert seterusnya.
“Jadi kalau ada penyingkiran yang banyak, ia akan menjadi pendek dari sudut ‘content’. Itu adalah antara strategi kami untuk mengekalkan ‘content’ dalam GV kali ini.
“Bagaimanapun ada kemungkinan peserta akan disingkirkan dua sekali gus selepas ini. Apa pun sudah tentu ia akan melalui proses perbincangan bersama pihak juri dan produksi.
“Lazimnya, selepas selesai konsert kami akan berbincang sama ada untuk singkirkan satu atau dua peserta yang mempunyai markah paling rendah,” terang Emarina.
Terdahulu, konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan Nurfatimah mengumpul markah paling rendah di kalangan para peserta lainnya dengan mengumpul markah sebanyak 50 peratus.
Bintang itu menyampaikan lagu Can’t Fight the Moonlight yang dipopularkan oleh LeAnn Rimes.
Kesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam pula tampil sebagai juri jemputan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, sinaran bintang Siti Nordiana sejak menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua kian bergemerlapan.
Satu demi satu tawaran hadir dan dia kini turut aktif dalam lakonan.
Terkini, lagu duetnya bersama Jaclyn Victor sudah diumumkan sebagai antara 12 lagu yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) Februari depan.
Terkini, dia dan protogenya, Zaaim muncul sebaagai juara program Mentor 7, minggu lalu.
Lalu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Terpaut Sayang Padamu ini ditanya adakah dengan kemenangan yang diraihnya kini sudah meletakkan dirinya naik setangga di dalam liga lain dalam seni.
Katanya, tiada apa yang berubah. Dia masih menjadi diri-sendiri, malah sejak awal terlibat dalam industri.
“Alhamdulillah. Bagi saya ini rezekilah. Ia terpulang kepada peminat yang melihat. Bagi saya, saya ni sama sahaja.
“Saya akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, malah selepas lagu Nisan Cinta diumumkan bakal bersaing di AJL pun saya tetap ikuti kelas vokal,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, dia juga mengakui ada sisi positif yang dipelajari daripada Zaaim dalam nyanyian.
“Saya suka dengan lontaran vokalnya. Saya perhatikan saja cara dia menyanyi. Sikit-sikit input saya ambil.
“Dia memang boleh menyanyi dan apa yang boleh saya cakap, kita apa yang kita pelajari daripada orang sekeliling adalah antara pengalaman yang boleh kita aplikasikan dalam apa jua perkara yang dilakukan,” jelas Nana jujur.
Terdahulu, Nana dan Zaaim yang diumumkan sebagai juara Mentor 7 lalu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM80,000, sebuah kereta tajaan Aerocar serta trofi.
Foto: Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!