“Saya Sudah Pun Padam Banyak Gambar Di IG,” – Scha Elinnea Delete Foto Seksi, Mahu Jadi Individu Lebih Baik

Share

Pelakon Scha Elinnea mendedahkan setiap manusia pastinya mahu cuba belajar berubah, seterusnya menjadi individu yang lebih baik.

Lalu Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen,22, mulai memadam foto yang disifatkannya sebagai terlalu seksi di Instagram selain mengambil positif teguran yang diberikan warganet.

“Kita sebagai manusia boleh berubah. Saya tak nafikan ada warganet yang marah-marah di media sosial dan bercakap mengenai imej seksi saya sebelum ini.

“Selalunya, saya akan balas, doakan yang baik-baik. Alhamdulillah, saya kini sudah pun  padam banyak gambar di Instagram.

“Teguran yang diterima lebih kepada membimbing dan bila orang tegur dengan cara baik, kita pun lembut hati untuk berubah ke arah kebaikan,” kata Scha. 

Dia pada masa sama mengakui belajar untuk menerima teguran, lebih-lebih apabila mengenangkan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

“Saya cuba menjadi orang yang lebih baik. Saya cuba dan tergerak hati untuk melakukannya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Scha membintangi drama bersiri terbaharu, SiTik Tok yang akan mula bersiaran di TV3 hari ini, jam 10.00 malam

Mengisi slot terbaru Samarinda, Sitik Tok turut dibarisi pelakon seperti Nadia Aqilah, Niezam Zaidi, Nelissa Nizam dan ramai lagi.

Ditanya mengenai drama bersiri lakonannya itu, Scha akui rasa gementar menantikan respon daripada penonton.

“Sudah tentu saya rasa gementar memandangkan ini pertama kali saya mendukung watak sebagai heroin menerusi drama di TV3.

“Apapun, saya terima segala kritikan dan pujian dengan hati yang terbuka,” katanya.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Published by
MH