Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, akui dia sudah bersedia terhadap segala kritikan serta kecaman yang bakal diterima selepas tersenarai sebagai peserta Gegar Vaganza ke-8 (GV8).

Fazley pada masa sama turut sedia maklum dengan prestasi persembahannya pada minggu pertama saingan yang kurang memberansangkan.

“Kecaman daripada netizen memang sudah jangka dan saya tahu itulah perkara pertama saya perlu persiapkan diri bila bertanding di pentas GV8. Saya sedar, bila terlibat dalam program itu setiap apa perbuatan kita adalah ‘milik’ penonton 200 peratus.

“Jadi baik atau buruk semuanya akan dinilai. Pujian atau kejian semuanya akan dilemparkan. Namun sejurus persembahan itu, saya sendiri maklum tidak dapat buat dengan baik kerana perasaan gementar yang sangat kuat.

“Sudah bersedia sebenarnya. Malah ketika sesi latihan pun rasa gemuruh. Bila malam persembahan tu rasa macam… ‘masya-Allah sangat besar pentas ini’. Iyelah 10 tahun tak buat persembahan atas pentas bukan satu tempoh singkat.

Ads

“Menyanyi di ‘dinner show’ pun berbeza bila menyanyi di kaca TV. Apa pun, ini menjadi proses penambahbaikan buat saya. Saya anggap krtikan atau kecaman itu sebagai pembakar semangat. Saya suka untuk baca kecaman itu kerana ia tanda orang ambil peduli.

“Bila orang peduli atas apa yang kita buat, baik atau buruk maknanya kita masih mampu tarik minat orang untuk menilai. Itu jadi kekuatan pada saya,” katanya.

“Saya Suka Baca Kecaman, Tanda Orang Ambil Peduli,” – Fazley Yaakob Sedar Bila Masuk GV, Penyanyi Jadi ‘Milik’ Penonton “Saya Suka Baca Kecaman, Tanda Orang Ambil Peduli,” – Fazley Yaakob Sedar Bila Masuk GV, Penyanyi Jadi ‘Milik’ Penonton

Ads

Bagaimanapun, percubaannya dalam mengatasi perasan gemuruh sudah dianggap sebagai satu kejayaan sementalah ramai yang terubat melihatnya membuat persembahan di atas pentas.

“Nak hilangkan rasa gementara itu bagi saya tak mudah. Tapi untuk saya pegang mikrofon dan menyanyi atas pentas itu sudah dianggap sebagai kejayaan pertama untuk saya.

Ads

“Memang sedikit terganggu sebab teringatkan anak-anak. Ramai juga ahli kelab peminat yang rupanya menangis melihat saya di atas pentas. Kata mereka berjaya juga… sebab sudah lama mereka lihat saya di dapur.

“Menyanyi sambil masak perasaannya berbeza dengan menyanyi tanpa ada meja, dapur atau kuali di depan,” katanya yang berazam memberikan persembahan yang lebih baik menerusi konsert kedua GV8, Ahad ini.

“Saya Suka Baca Kecaman, Tanda Orang Ambil Peduli,” – Fazley Yaakob Sedar Bila Masuk GV, Penyanyi Jadi ‘Milik’ Penonton “Saya Suka Baca Kecaman, Tanda Orang Ambil Peduli,” – Fazley Yaakob Sedar Bila Masuk GV, Penyanyi Jadi ‘Milik’ Penonton

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI