Sebuah telefilem berjudul Demi Tuhan Aku Bersaksi yang berkisar tentang seorang lelaki yang mengalami kecelaruan jantina dan berpewatakan seperti wanita nyata telah mendapat perhatian netizen.
Selaku pelakon utamanya, Syafie Naswip meluahkan rasa syukur kerana lakonan menerusi telefilem tersebut telah mendapat pujian rata-rata penonton.
Malah, Syafie rasa senang kerana masih ada penonton menilainya itu dari sudut yang positif selain turut akui ada beberapa babak yang telah dipotong.
“Dulu aku dikecam. Sekarang aku kasikan kau bunga sebagai hadiah.
“Terima kasih menonton. Ramai DM tanya ada banyak scene kena potong ke?
“Ye dalam 10 ke 15 percent. Tetapi alhamdulillah saya syukur anda menilai dengan hati dan terima kasih sudi menonton. Love you!,” tulisnya.
Telefilem arahah Ismail Yaacob ini telah disiarkan jam 10 malam di saluran TV1, pada Sabtu.
Selain Syafie, pelakon hebat seperti Fezrul Khan, Sheila Mambo, Fadzil Zahari, Aman Graseka dan ramai lagi turut membintangi drama berkenaan.
Foto: Instagram Syafie Naswip