
Pelakon Eyka Farhana agak kurang bersetuju dengan pandangan segelintir pihak yang merasakan perkongsian gambar-gambar dan momen-momen sewaktu di Tanah Suci, Mekah sebagai satu hal yang tidak wajar.
Menurut Eyka, dia memuat naik foto-foto berkenaan untuk berkongsi kepada umum tentang keindahan bumi Mekah dan Madinah serta mengajak yang lain untuk turut sama menjadi tetamu Allah.
“Ada yang kata, kalau pergi ke tanah suci tak perlu nak berkongsi sangat di media sosial, ‘be low profile’ dan jangan lah asyik bergambar sahaja.
“Ya Allah, kenapa tak boleh nak post kalau untuk nak tunjuk yang betapa indahnya Tanah Suci (Mekah).
“Kalau kita travel ke negara lain habis 10 kali post tak ada masalah, niat kita hanyalah untuk tunjuk yang sangat indah bumi Mekah dan Madinah.
“Dalam masa yang sama dapat juga sedikit sebanyak ajak yang lain atau buat yang lain nak ke sini (dengan izinya),” tulisnya.
Padangan itu dikongsikan oleh pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu menerusi beberapa hantaran di aplikasi Thread.
Pada masa sama, Eyka turut tampil memberikan reaksinya bila ada yang berpandangan perkongsian di media sosial ini seolah-olah menggangu ibadah ketika di Tanah Suci.
“Tapi itu kan niat dalam hati kita. Kalau niat kita baik untuk tunjuk betapa cantik dan indahnya untuk kita ke sana dan tempat paling tenang untuk ibadah dan juga tak akan menganggu ibadah kita, In Sha Allah okay sis.
“Mungkin cara fikiran orang lain-lain. Kita pun tahu juga mana yang patutnya ambil mana yang tidak. Tidaklah 24 jam telefon di tangan,” ujarnya lagi.
Ketika ini, Eyka kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama adiknya dan juga selebriti terkenal, Bella Astillah.
Malah, Eyka juga dilihat berkongsi beberapa hantaran di Instagram sewaktu menziarahi tempat-tempat menarik di Tanah Suci.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Thread Eyka Farhana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Perlu Jantan,” – 10 Tahun Menjanda, Azharina Akui Sudah Tak Rasa Ada Keperluan Kahwin Lagi

Penyanyi, Azharina mengakui buat masa ini, dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga memandangkan komitmennya kini hanyalah untuk kerjaya seni dan famili.
Malah, secara seloroh juara Gegar Vaganza musim ketiga ini turut mengakui anak-anak pun tidak bercakap mengenai soal ‘bapa baru’.
View this post on InstagramA post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on
“Buat masa ini tidak perlu jantan-jantan, fokus saya buat masa ini kepada anak-anak dan cari rezeki yang halal. Mereka pun tak pernah minta, tak mahu bagi saya berkahwin lagi ada. Apa pun, bagi saya jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan.
“Jadi saya tak berani untuk cakap lebih. Kadang kita cuba, tapi saya tidak mampu untuk melakukannya,” kata Azharina jujur kepada MH.
Ditanya sama ada dia trauma dengan kisah cerai melibatkan selebriti andai mendirikan rumah tangga sekali lagi, Azharina memberitahu ia adalah takdir sementelah dia sendiri pernah melalui fasa hitam itu.
“Saya sendiri pun pernah bercerai. Saya dah laluinya jadi tidak mahu lagi sakit. Saya terlalu selesa dengan posisi ini selama 10 tahun.
View this post on InstagramA post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on
“Sehinggakan pada satu tahap, saya tidak rasa ada keperluan untuk mendirian rumah tangga lagi. Tetapi itu kata kita sebab yang menantukan adalah Dia. Cuma apa yang boleh saya katakan setakat ini, saya tidak fikir untuk kahwin lagi,” akuinya.
Azharina mempunyai dua anak angkat, Rahmat Azharin Azhar Abdullah serta Redha Azharin Azhar yang masing-masing berusia lima dan dua tahun.
Terdahulu, Azharina ditemui sejurus kejayaannya yang mencipta sejarah sebagai artis pertama negara ini yang bekerjasama dengan syarikat penerbangan AirAsia yang melakukan sidang media dan mempersembahkan dua lagu di dalam kapal terbang pada aras 38,000 kaki dari aras laut.
Sesi tersebut dibuat sebagai salah satu rangka promosi Concert Azharina: Queen of Soul yang bakal berlangsung 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam.
View this post on InstagramA post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Jadikan Dia Pakej,”- Boleh Menyanyi, Mengacara, Mengaji. Mawi Puji Alif Satar

Pelakon dan penyanyi Asmawi Ani memuji kebolehan Alif Satar sebagai seorang yang ‘multitasking’ kerana serba boleh melakukan apa sahaja dalam bidang seni.
Malah, Mawi juga mendoakan agar Alif sentiasa dalam lindungan Allah.
“Mamat ni Allah jadikan dia pakej.
Serba boleh..Nyanyi,berlakon, pengacara,ngaji semua bagus.
“Jaga diri bro.Makin ramai orang suka kat kita dan jgn lupa makin ramai juga org yang dengki kat kita.
“Semoga Allah lindung kau @alifsatar 🤲
Tq datang @zayan.my pagi tadi,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on
Lalu,netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perkongsian tersebut.
Difahamkan, Alif menghadiri konti radio stesen Zayan.fm untuk slot Zayan Salam Bros pagi tadi.
Foto : Instagram Mawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MUA Bella Terima Kritikan ‘Solekan Najis?’

Isi Kandungan
ToggleMata tak berkelip melihat tontonan video yang dilakukannya. Kepetahannya bercakap dalam loghat utara menambah keseronokan netizen untuk menonton video tutorial mekap yang dilakukannya.
Lagaknya seperti seorang selebriti. Jangan terkejut dia mempunyai pengikut di laman sosial melebihi 2 juta. Nur Nabila Zulyadaini, dahulunya hanyalah seorang suri rumah dan dari keluarga susah sebelum menjadi viral dek kerana video tutorial mekap mendapat tontonan di luar jangkaan.
Pernah Titiskan Air Mata Menahan Kecaman Netizen!
Malah anak jati Tanjung Dawai ini mengakui pernah menitiskan air mata semata-mata kerana mendapat kecaman pelbagai netizen. Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang yang diminatinya ini.
Menurut wanita kacukan Turki-Melayu ini berkata dalam Sinar Harian online, suaminya Anuar Ahmad, tidak pernah putus memberi semangat untuk meneruskan minat dalam bidang yang dipupuk sejak empat tahun lalu.
Bukan senang untuknya berjaya seperti hari ini. Dia yang hanya suri rumah sahaja sebelum ini mengakui dirinya pernah sedih sampai menangis kerana kecaman netizen hingga tidak berselera untuk makan. Lebih-lebih apabila dirinya difitnah solek tak cantik macam najis dan juga dikutuk disebabkan keadaan fizikal.
Namun Tuhan itu lebih mengetahui. Setelah disiasat rupanya fitnah itu datangnya dari individu yang sama bidang dengannya. Dia merasa terancam dengan kehadiran dia dalam industri solekan hingga sanggup melemparkan fitnah berkenaan.
Bella yang cukup terkenal di utara ini memberitahu minat terhadap bidan solekan muncul sejak mengandung anak pertama, Iris Alisya, 5 tahun. Tidak mahu terus berada di tahap sama, Bella turut merancang mengeluarkan jenama kecantikan sendiri 10 tahun lagi.
Mula Sekadar ‘Suka-Suka’ Akhirnya Jadi Kerjaya
Dia yang belajar mekap di laman youtube sekadar suka-suka untuk menghilangkan rasa bosan di rumah. Maklumlah keluarganya orang susah dan tiada peluang belajar kelas solekan kerana kosnya yang mahal. Tetapi Bella memang meminati seni dan lukisan. Jadi dia tidak kisah untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
Kini, Bella menjadikan bidang solekan sebagai sumber pendapatan utama apabila menubuhkan studio di Alor Setar, Kedah.Pada masa sama, wanita berusia 26 tahun ini turut dijemput mengendalikan bengkel solekan wajah di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.
Ibu kepada dua cahaya mata ini membuat tutorial mekap sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Dia mengakui mendapat kepuasan peribadi apabila ada pengikutnya memperoleh pendapatan sendiri dengan belajar teknik solekan selepas menonton video tutorial berkenaan.
Mengakui tiada asas dalam penggunaan alat kosmetik, namun ternyata jemarinya mempunyai sentuhan magis yang memukau. Bella juga lebih senang menggunakan produk kosmetik keluaran usahawan tempatan yang secara langsung membantu membangunkan ekonomi peniaga terbabit.
Bukan sahaja Bella yang pandai membuat tutorial, tetapi anaknya Iris Alisya yang berusia empat tahun juga mempunyai minat sama. Malah tutorial yang dimuat turun di facebook miliknya pernah mencecah 8,000 jumlah tontonan walaupun disiarkan waktu pagi.
Memang hebat sekali penangan mekap artis dari utara ini. Walaupun mencari rezeki bukan di kota besar seperti Kuala Lumpur, tetapi Bella tetap popular umpama selebriti. Setiap kali video dimuat turun personaliti media sosial itu berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran langsung.
Admin juga suka dan leka sekali menonton tutorial berkenaan. Nampak macam mudah solekan yang dihasilkan dan impaknya memang mengagumkan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI